Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPAS Selangor umum bertanding 25 kerusi dun pada PRU ke-14
10
January

PAS Selangor umum bertanding 25 kerusi dun pada PRU ke-14

Written by 
Published in Semasa

 

 

 

 

PAS Selangor hari ini mengumumkan parti tersebut bakal bertanding lima lagi kerusi dewan undangan negeri (dun) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menjadikan keseluruhan kerusi yang bakal ditandingi sebanyak 25 kerusi.

 

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, keputusan tersebut diambil setelah mendapat reaksi daripada akar umbi parti tersebut.

 

"Kita juga telah melakukan kajian melalui Jabatan Penyelidikan PAS Pusat dan berpendapat kerusi yang bakal ditandingi ini berpotensi untuk menang," kata Iskandar pada sidang media selepas perasmian Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Kuala Selangor.

 

Iskandar dalam pada itu turut menafikan kerusi tersebut adalah kerusi bekas rakan pakatan DAP.

 

"Kita akan umum kerusi itu bila menghampiri pilihan raya nanti," tambah Iskandar.

 

Pada PRU ke-13 PAS bertanding di 20 dun dan berjaya memenangi 15 daripadanya.

 

Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor menyaksikan kehadiran paling ramai yang pernah dicatatkan dengan jumlah melebihi 6000 peserta terdiri daripada jentera Pilihan Raya dari seluruh negeri Selangor.

 

 

 

 

Read 387 times