Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaLelaki India nama Cina adalah anak angkat
28
February

Lelaki India nama Cina adalah anak angkat

Written by 
Published in Semasa

Seorang lelaki berusia 34 tahun yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi tular di media sosial kerana dikatakan mempunyai penampilan yang tidak sepadan dengan namanya, sebenarnya adalah rakyat Malaysia.

Laporan The Star mendedahkan bahawa Pang dibesarkan oleh keluarga angkat berketurunan Cina sejak dia dilahirkan.

 

Lelaki berketurunan India dari Simpang Renggam itu dinamakan Pang Chee Pin setelah bapa saudaranya menjadikannya sebagai anak angkat.

 

Bagaimanapun, dia tidak lagi menetap di sana.

 
Sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai Susan, 50, berkata, dia pernah tinggal bersama Chee Pin sejak sepupunya itu berusia setahun.

 

Katanya kepada The Star, Chee Pin dijadikan anak angkat dan dibesarkan oleh mendiang bapa saudaranya.

 

"Saya dan dia adalah sepupu. Tetapi bapa saudara saya meninggal dunia kira-kira 25 tahun lalu, ibu bapa saya mengambil alih menjaga dia. Dia meninggalkan rumah kami kira-kira enam tahun lalu.

 

"Kali terakhir kami berjumpa adalah kira-kira tiga tahun lalu di Kuala Lumpur semasa dia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, Isnin.

 

Tambahnya, sejak itu mereka terputus hubungan.

 

Menurut Susan, bapa saudaranya telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa bagi membolehkan nama anak angkatnya itu ditukarkan kepada nama Cina.

 

Chee Ping fasih berbahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis.

 

"Menurut ibu, Chee Pin dijadikan anak angkat oleh bapa saudara saya dan isterinya bagi membantu mengurangkan beban keluarga kandung Chee Pin," katanya, sambil menambah bapa saudaranya turut mempunyai dua anak perempuan.

 

Susan berkata, dia menyedari mengenai MyKad milik sepupunya yang menjadi tular, sambil menambah pihak polis telah datang ke rumahnya pada Ahad bagi merekodkan keterangannya.

 

Menurut Susan, lelaki di dalam MyKad itu adalah rakyat Malaysia dan berharap orang ramai berhenti berkongsi paparan kad pengenalan milik sepupunya itu di media sosial.

 

Chee Pin dicemuh teruk oleh orang ramai yang mempercayai tuduhan palsu beberapa pihak tidak bertanggung jawab yang mendakwa Chee Pin adalah warga Bangaladesh yang dibawa masuk untuk mengundi.

Read 286 times Last modified on Tuesday, 28 February 2017 13:50