Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPengarah filem Iran boikot anugerah Oscar kerana bantah trump
Asghar Farhadi ketika memenangi anugerah Oscar bagi filem asing terbaik pada tahun 2012. Asghar Farhadi ketika memenangi anugerah Oscar bagi filem asing terbaik pada tahun 2012.
28
February

Pengarah filem Iran boikot anugerah Oscar kerana bantah trump

Written by 
Published in Semasa
Filem The Salesman dari Iran telah memenangi anugerah Oscar bagi filem terbaik berbahasa asing, namun pengarahnya, Asghar Farhadi memboikot anugerah berkenaan.
 
Farhadi dan pelakon wanitanya Taraneh Alidoosti memboikot Oscar tahun ini sebagai memprotes larangan Presiden Donald Trump terhadap pendatang dari tujuh negara Islam termasuk Iran walaupun arahan itu sedang digantung oleh mahkamah.
 
Bagi memberi ucapan kemenangan, Farhadi memilih dua warga Amerika Syarikat keturunan Iran — jurutera wanita dan ahli sains Nasa — sebagai wakilinya di majlis itu.  
 
“Saya tidak hadir di sini demi menghormati rakyat negara saya dan enam lagi negara yang diperlecehkan di sisi undang-undang tidak berperikemanusiaan yang melarang pendatang ke Amerika Syarikat.

 

“Memisahkan dunia kepada dua kategori 'kita' dan 'musuh kita' hanya menimbulkan ketakutan, alasan tipu untuk tindakan pelanggaran dan peperangan,” kata Farhadi dalam kenyataan itu

 
Mengisahkan soal maruah dan dendam sepasang suami isteri, filem The Salesman memaparkan rumah tangga yang berantakan selepas si isteri diserang di sebuah apartmen di Tehran, sementara si suami mati-matian berusaha membalas dendam. 
 
Ini merupakan kemenangan kali kedua buat Asghar Farhadi, pengarah dari Tehran, selepas memenangi anugerah tersebut dengan filem A Separation pada tahun 2012.
 
Dalam perkembangan lain, Mahershala Ali muncul pelakon Islam pertama memenangi anugerah Oscar apabila dinobat pelakon pembantu terbaik lelaki melalui filem Moonlight. 
 
Dicalonkan buat pertama kali, pelakon 43 tahun itu mengalahkan pelakon Britain Dev Patel, veteran Jeff Bridges dan Michael Shannon, dan pendatang baru Lucas Hedges.
 
Filem Moonlight turut dinobatkan sebagai filem terbaik bagi Anugerah Akademi ke-89 yang berlangsung semalam. 
Read 164 times Last modified on Tuesday, 28 February 2017 10:30