Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaUniversiti perlu sumbang kepada ketamadunan Islam
28
February

Universiti perlu sumbang kepada ketamadunan Islam

Written by 
Published in Semasa
KUALA LUMPUR - Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bertitah universiti dan pusat penyelidikan di negara Islam perlu menghasilkan kerja yang berpotensi menyumbang kepada ketamadunan Islam.
 
"Universiti merupakan pusat pembinaan negara dan bangsa yang mempunyai misi untuk merealisasikan pembangunan dalam pelbagai dimensi secara menyeluruh," titah baginda pada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya kepada baginda di universiti itu, malam ini.
 
Ini perlu dilakukan bagi menghadapi cabaran dalam bidang pengetahuan ilmiah dan teknikal, yang menurut titah baginda, tidak jauh bezanya daripada cabaran yang dihadapi dalam aspek politik dan ekonomi.
 
Raja Salman dianugerahkan dengan Ijazah kehormat dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat yang disampaikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
 
Pemimpin yang digelar sebagai penjaga dua Tanah Suci turut bertitah supaya universti dapat memperkukuh perpaduan nasional selain memperkasa budaya dialog, nilai toleransi dan keharmonian hidup antara pelbagai bangsa.
 
"Hal ini penting untuk merealisasikan keamanan dan kedamaian di peringkat antarabangsa hingga masyarakat antarabangsa keseluruhannya dapat menikmati kesejahteraan dan keselesaan," titah baginda dalam bahasa Arab yang diterjemah ke dalam bahasa Malaysia.
 
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Canselor UM berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu kepada Raja Salman.
 
Raja Salman memuji Universiti Malaya yang telah memainkan peranan sebagai antara pusat pengembangan ilmu pengetahuan dalam pembangunan dunia.
 
Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang dikunjungi Raja Salman sejak menaiki takhta pada tahun 2015. 
 
Raja Salman hadir bersama delegasi seramai 600 orang termasuk pegawai kerajaan dan menteri-menteri kabinet dalam kunjungan yang akan berakhir pada 1 Mei bagi mengunjungi Indonesia.
Read 161 times Last modified on Tuesday, 28 February 2017 01:02