Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaIndividu mencurigakan dakwa dari akar umbi PAS Selangor
27
February

Individu mencurigakan dakwa dari akar umbi PAS Selangor

Written by 
Published in Semasa
KUALA LUMPUR - Satu kumpulan yang mendakwa sebagai penyokong PAS Selangor datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut bagi menyerahkan memorundum kepada AJK PAS Pusat supaya PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan PAN dan mana - mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan PAN.
 
Memorandum tersebut diserakan kepada Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang kebetulan berada di Pejabat masa itu.
 
Lelaki berkenaan dicam sebelum ini pernah mengaku sebagai akar umbi PKR dan NGO menjadikan memorandum yang diserahkan beliau lebih mencurigakan.
 
Terdapat juga gambar yang menunjukkan lelaki berkenaan bersama-sama Adun Umno, Tuan Shahrum Mohd Sharif.   
 
Nasrudin semalam menjelaskan tadi kepada media bahawa PAS telah tiada hubungan dengan DAP dan juga PAN. 
 
"Adapun sikap PAS terhadap PKR dan Bersatu akan diputuskan kemudian,” katanya. 
 
 
 
 
Read 288 times