Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaUndang-undang kesalahan merokok di taman awam bermula 1 Jun ini
27
February

Undang-undang kesalahan merokok di taman awam bermula 1 Jun ini

Written by 
Published in Semasa
KUAlA LUMPUR - Perhatian kepa para perokok di luar sana!
 
Bermula 1 Jun ini anda tidak lagi dibenarkan membakar rokok anda di taman-taman awam dan tempat-tempat rekreasi.
 
Ini berikutan tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya kepada sesiapa yang melanggar larangan tersebut selaras pewartaannya sebagai kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11(w) dan 11(x) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan Peraturan 2017).
 
Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman yang berkata, sehingga tarikh itu penguatkuasaan pendidikan akan dijalankan untuk mengingatkan pengunjung taman awam kepada peraturan baharu tersebut.
 
Kata beliau, setakat 15 November, 47 notis peringatan telah dikeluarkan sepanjang penguatkuasaan di 348 lokasi.
 
Dianggarkan terdapat kira-kira 1,280 taman awam di seluruh negara dan penguatkuasaannya akan diperluas secara berperingkat dari masa ke masa.
 
Menurut Dr Lokman, selepas tarikh tersebut kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan dan penalti RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika disabit bersalah.
 
Taman awam termasuk taman-taman negara diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 1 Februari lepas, menyusuli larangan yang ditetapkan di tempat-tempat awam seperti bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah serta tempat-tempat berhawa dingin.
Read 296 times