Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaKim Jong-nam dibunuh senjata kimia paling bahaya - KPN
24
February

Kim Jong-nam dibunuh senjata kimia paling bahaya - KPN

Written by 
Published in Semasa

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kim Jong-nam dibunuh dengan senjata kimia paling berbahaya, agen saraf VX, bahan yang boleh membawa kematian serta-merta.

Menurut Khalid, bahan kimia itu dikesan penyiasat pada bahagian mata dan muka mayat abang tiri diktator Korea Utara, Kim Jong-un.

 

Bahan kimia itu, ethyl S-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothioate, disenaraikan sebagai senjata kimia di Malaysia, ujar Khalid.

 

Kenyataan pendek Khalid itu dikeluarkan pagi ini setelah mendapat hasil pemeriksaan Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia.

Read 170 times Last modified on Friday, 24 February 2017 11:05