Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaAnwar akui ucapan Presiden PAS positif, samakan penyingkiran Mukhriz seperti Langkah Kajang
Anwar akui Langkah Kajang adalah untuk dirinya menjadi MB Selangor Anwar akui Langkah Kajang adalah untuk dirinya menjadi MB Selangor
21
February

Anwar akui ucapan Presiden PAS positif, samakan penyingkiran Mukhriz seperti Langkah Kajang

Written by 
Published in Semasa
SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai sesuatu yang positif.
 
Beliau berkata demikian secara ringkas sewaktu diiringi polis memasuki kamar perbicaraan melibatkan kes dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
 
“Jika dilihat ucapan Ustaz Hadi keseluruhannya, beliau masih merasakan perlu ada perubahan dalam negara. Saya positif (dengan ucapan Presiden PAS),” katanya.
 
Dalam perkembangan berlainan, Anwar menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan “Langkah Kajang” pada 2014.
 
Anwar mengakui Langkah Kajang itu bertujuan menjadikan beliau Menteri Besar Selangor, dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Beliau berkata, keputusan yang dibuat adalah seseorang pemimpin kanan sepatutnya menggantikan Khalid termasuk menggantikan anggota Adun Kajang, Lee Chin Cheh.
 
Shafee: Niat awalnya untuk letakkan kamu sebagai calon, tetapi ini tidak berlaku?
 
Anwar: Ya, tidak berlaku.
 
Shafee: Akhirnya, calon lain diletakkan?
 
Anwar: Ya, kami putuskan seorang yang kanan daripada beliau (Lee), iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kami lihat Khalid juga turun berkempen.
 
Shafee: Kamu setuju dalam Langkah Kajang, Khalid buat kenyataan tidak setuju dengan langkah itu?
 
Anwar: Sudah tentu, kerana dia tidak mahu lepaskan jawatan itu.
 
 
Shafee turut bertanya kepada Anwar sama ada Khalid tersinggung dengan merasakan dikhianati oleh PKR.

 

“Ada perbezaan pandangan berkaitan pengurusan. Saya seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

 

“Ia berlaku di mana-mana, malah di Pahang dan juga Kedah, yang melibatkan (Dato' Seri) Mukhriz (Tun Mahathir).

 

"Perubahan ini juga melibatkan kepimpinan Umno,” katanya.

 

Mukhriz disingkirkan tahun lalu selepas bapanya Tun Mahathir Mohamad melancarkan serangan terhadap Dato' Sri Najib Razak dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Read 212 times Last modified on Tuesday, 21 February 2017 01:07