Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaIsu Tabung Haji: Pendedahan Rafizi disanggah
30
January

Isu Tabung Haji: Pendedahan Rafizi disanggah

Written by  MerahKuning
Published in Semasa
SHAH ALAM - Dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung isu Tabung Haji (TH) berhadapan kerugian besar telah disanggah kerana fakta yang diberikan tidak tepat dan mengelirukan orang ramai.
 
Rafizi mendakwa TH telah melupuskan RM10.3 juta saham pada Disember tahun lalu secara senyap-senyap melalui sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad (PERISAI) sehingga merugikan pendeposit TH. Beliau turut mendakwa TH telah pun menjual 8.8 juta sahamnya di dalam PERISAI.
 
Namun dakwaan itu disangkal seorang netizen yang bernama Syahir yang mengatakan maklumat perubahan pegangan saham diumumkan di dalam Bursa Malaysia dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja melalui capaian internet: http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/5302965
 
"Jika Tabung Haji secara senyap-senyap menjual saham Perisai Petroleum bagaimana saya boleh jumpa link dengan maklumat penjualan saham tersebut?
 
"Ini adalah taktik lapuk untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya pendeposit Tabung Haji seolah-olah terdapat urusan pelaburan yang "shady" (meragukan) di belakang tabir yang Tabung Haji cuba sorok,” ujarnya lagi.
 
Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini telah melakukan beberapa siri kritikan terhadap TH dan turut mendakwa agensi berkenaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM700 juta disebabkan pelaburan dalam industri minyak dan gas.
 
"Jika kamu jumlahkan semua pelaburan Tabung Haji dalam syarikat minyak dan gas, saya anggarkan kerugian sebanyak lebih RM700 juta," kata ahli parlimen PKR itu.
 
Kenyataan beliau turut disanggah oleh peguam Korporat, Lukman Sheriff yang berkata tuduhan Rafizi itu adalah lebih kepada tujuan TH yang tidak menjual saham berkenaan lebih awal sehingga menyebabkan kerugian dan bukannya satu kesalahan kepada TH untuk menjual saham tersebut.
 
“Rafizi ni karut. Sejak bila pula semua pelaburan Tabung Haji semuanya untung dan tidak mengalami kerugian. Kalau begitu TH ‘super profitlah’. Tabung Haji pegang banyak saham di Bursa Malaysia. Harga pasaran ada kalanya naik dan adakalanya turun.
 
"Tabung Haji pula amalkan ‘mark to market value’ terhadap sahamnya. Bila saham naik nilai saham pegangannya naik dan untung. Kalau turun rugi. Jadi kalau setiap tahun turun sikit, kerugian tersebut sudah pun difaktorkan sedikit demi sedikit dalam dividen yang diberi waktu lepas,” kata Lukman dalam status akaun Facebooknya.
 
Menurut Lukman, pendapatan TH pada tahun 2015 adalah RM4.5 Bilion manakala keuntungan bersih TH adalah sebanyak RM3.5Billion.
 
Terdahulu, Rafizi menggambarkan kedudukan wang pendeposit TH dalam bahaya berikutan pelaburan yang dilakukan oleh TH dalam industri minyak dan gas.
 
Dakwaan itu telah menyebabkan sebanyak RM500 juta wang simpanan Tabung Haji dikeluarkan oleh pendeposit pada tahun lalu dengan seramai 3,600 pendeposit turut membatalkan pendaftaran haji mereka.
 
Namun, tuduhan tersebut dijawab oleh TH yang memberi jaminan simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin oleh agensi berkenaan mengikut undng-undang negara di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji
 
Tabung Haji juga menegaskan, mereka menjalankan pelaburannya selaras dengan dasar Alokasi Aset Strategik dan dakwaan bahawa pendeposit akan mengalami risiko kehilangan wang simpanan mereka adalah tidak benar dan berunsur fitnah.
Read 153 times Last modified on Monday, 30 January 2017 05:22