Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaAkur dengan desakan, Dominic tarik balik kenyataan mengenai sekolah agama
Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dikecam apabila membuat kenyataan mengaitkan sekolah agama di Malaysia sebagai punca perpecahan. - Gambar TV14.my Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dikecam apabila membuat kenyataan mengaitkan sekolah agama di Malaysia sebagai punca perpecahan. - Gambar TV14.my
14
January

Akur dengan desakan, Dominic tarik balik kenyataan mengenai sekolah agama

Written by  MerahKuning
Published in Semasa
Timbalan Presiden Parti Gerakan, Dato’ Dr Dominic Lau Hoe Chai meminta maaf dan menarik balik kenyataannya yang menggesa kerajaan mengkaji semula dasa-dasar sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan kerana dakwanya, sekolah agama membawa ancaman perpaduan di negara ini.
 
Dominic dilaporkan berkata sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.
 
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mengutuk Dominic sehingga menyebabkan beliau menarik balik kenyataan yang kontroversi itu.
 
“Demi keamanan dan kestabilan, saya menarik balik kenyataan saya dan meminta maaf jika ada kesalahan dan berharap tidak ada lagi isu mengenai perkara ini,” ujar Dominic.
 
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata kenyataan tersebut adalah biadab dan tidak memahami sejarah pembinaan negara.
 
"Kalau atas alasan ada pelajar keluaran sekolah agama ekstremis, maka kita juga boleh beri alasan pelajar sekolah vernakular, sekolah aliran Inggeris, aliran kebangsaan juga ada melahirkan golongan ekstremis. 
 
"Apakah kita mahu cadang supaya sekolah ini juga dihapuskan? Tentu tidak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
 
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menggesa semua pihak agar jangan mempolemikan isu-isu kecil sehingga mampu merosakkan perpaduan yang dibina sekian lama.
 
"Jangan rosakkan perpaduan ini, semata-mata untuk keuntungan yang tidak seberapa tetapi memusnahkan sebuah negara. 
 
"Carilah modal lain, jangan mangsakan Islam. Perlu ingat isu agama cukup sensitif di kalangan orang Islam,” ujarnya lagi.
 
Dalam perkembangan sama, Dewan Ulamak PAS Pusat dalam satu kenyataan media turut menasihatkan ahli politik dan pimpinan negara agar lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan pandangan secara terbuka.
Read 221 times Last modified on Saturday, 14 January 2017 13:51