Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaHimpunan RUU 355 sama seperti perarakan lain
10
January

Himpunan RUU 355 sama seperti perarakan lain

Written by 
Published in Semasa
SHAH ALAM- Himpunan RUU 355 adalah sama seperti perarakan yang biasa dianjurkan di negara ini seperti perarakan Maulidur Rasul, ujar Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad.
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membenarkan himpunan menyokong pindaan kepada Akta 355 di Dataran Merdeka kerana ianya adalah himpunan aman dan menepati undang-undang.
 
"Jika pada perarakan Maulidur Rasul umat Islam turun beramai-ramai untuk menyatakan rasa kasih mereka terhadap Rasulullah SAW tetapi himpunan Akta 355 itu umat Islam turun menyatakan sokongan mereka terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata isu tersebut tidak wajar dipolitikkan kerana ia adalah hak umat Islam di Malaysia.
 
"Himpunan Akta 355 tidak seharusnya dipolitikkan oleh sesiapa kerana mereka yang turun kerana adalah semata-mata didorong oleh rasa tanggungjawab mereka terhadap agama Islam,” ujarnya.
 
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan dalam satu kenyataan berkata PAS akan mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr Zulkifli al-Bakri bagi menyampaikan syarahan khas berkaitan RUU 355.
 
"Himpunan 355 turut dimaknakan dengan solat hajat perdana, kami akan mengundang Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad untuk membimbing munajat dan menyampaikan kuliah khas mengenai RUU 355,” katanya.
 
Terdahulu, Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan mengadakan himpunan raksasa - Himpunan Akta 355 pada awal tahun ini.
 
Pada 7 Januari lalu, PAS mengumumkan himpunan berkenaan akan diadakan pada 18 Februari depan dengan mensasarkan kehadiran seramai 300,000 orang.
 
PAS turut menegaskan himpunan yang dirancang itu tidak sepatutnya menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat bukan Islam kerana pindaan RUU 355 itu tidak melibatkan masyarakat bukan Islam.
Read 343 times Last modified on Tuesday, 10 January 2017 22:10