Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPilih saya jadi presiden, isu gaji selesai 14 hari - Jamal
10
January

Pilih saya jadi presiden, isu gaji selesai 14 hari - Jamal

Written by 
Published in Semasa

Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Dato Sri Jamal Md Yunos hari ini menawarkan diri mengisi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) setelah menyerahkan surat di Pejabat FAS Kelana Jaya hari ini.

Tambah beliau,isu tunggakan gaji pemain dan bonus pemain akan diselesaikan dalam masa 14 hari sekiranya beliau dipilih.

 

"Saya berjanji isu ini akan diselesaikan selepas perbincangan dilakukan dalam tempoh 14 hari sekiranya saya dilantik.

 

"Kita letak isu dana ini nombor 2. Yang paling mustahaknya pengurusan yang baik, tulus dan amanah. Berapa banyak dana sekalipun sekiranya pengurusan tidak baik ia tidak akan mendatangkan hasil," katanya kepada media selepas menyerahkan surat.

 

Jamal dalam pada itu turut berjanji untuk menjadikan Selangor sebuah pasukan yang kuat setanding dengan Johor Darul Takzim (JDT).

Read 239 times Last modified on Tuesday, 10 January 2017 20:32