Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaJabatan Peguam Negara arah siasat semula kes cabul di sekolah milik pendakwah terkenal
29
December

Jabatan Peguam Negara arah siasat semula kes cabul di sekolah milik pendakwah terkenal

Written by 
Published in Semasa

SHAH ALAM- Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui  Unit Pendakwaan Perak telah mengarahkan polis Ipoh membuka semula penyiasatan berhubung kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz Darul Barakah milik penceramah bebas terkenal Dato' Mohammad Kazim Elias.  

Menurut laporan Malay Mail, AGC sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum membuat sebarang keputusan pendakwaan selepas kes tersebut dianggap selesai sejak Ogos lalu.

 

“Dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang menunggu kertas siasatan tersebut untuk dirujuk ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya setelah arahan untuk siasatan lanjut diberikan (melalui Pejabat Pendakwaan Negeri Perak),” kata jurucakap AGC kepada Malay Mail.

 

Difahamkan beberapa arahan juga sudah diberikan kepada jabatan pendakwaan negeri pada 9 Disember lalu.

 

Terdahulu, Kazim menafikan dakwaan seorang ibu kepada salah seorang pelajar sekolah berkenaan yang mendakwa dirinya dicabul oleh seorang pengajar sekolah asrama tahfiz itu. 

 

Beliau berkata sekiranya perkara itu benar, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan pesalah kepada polis walaupun melibatkan kaum keluarganya sendiri.

 

Polis Ipoh pada 27 Ogos lalu mengeluarkan kenyataan telah menyelesaikan kes berkenaan selepas menjalankan siasatan selama dua minggu. 

 

Hasil daripada itu, Kazim dilaporkan ingin menyaman ibu terbabit sebanyak RM8 juta atas dakwaan memfitnah dirinya, pusat tahfiz miliknya dan menjejaskan reputasi kedua-duanya.

Read 620 times Last modified on Thursday, 29 December 2016 10:10