Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaAbdul Hadi sedia letak jawatan Naib Presiden KUIS
23
December

Abdul Hadi sedia letak jawatan Naib Presiden KUIS

Written by 
Published in Semasa
Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah mengutus surat rasmi kepada organisasi itu bagi menjelaskan kehadiran beliau ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang dianjurkan oleh Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa baru-baru ini.
 
Menurutnya yang juga Presiden PAS, kehadiran beliau ke muktamar di Iran adalah di atas kapasiti sebagai pemimpin PAS yang mempunyai hubungan dengan gerakan Islam dari negara luar.  
 
Berikutan KUIS yang mengeluarkan kenyataan mempersoal kunjungan beliau ke tehran ketika Iran didakwa terlibat dalam melakukan jenayah kemanusiaan di Aleppo, Abdul Hadi berkata beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai naib presiden KUIS.

 

“Saya dah tulis surat dan saya bersedia untuk letak jawatan. Saya tidak minta jawatan itu tetapi ia diberikan kepada saya,” katanya kepada pemberita. 

 
Menurut Abdul Hadi, PAS mempunyai pendirian yang tersendiri dalam membaca situasi politik antarabangsa dan tidak terpengaruh dengan polisi diplomatik mana-mana negara Arab termasuk Qatar.
 
“Saya mahu Kesatuan Ulama ada pendirian sendiri yang tidak dipengaruhi Qatar atau mana-mana negara, kena ada pendirian sendiri.
 
Beliau berkata isu yang berlaku di Syria bukanlah disebabkan konflik sunni dan syiah tetapi disebabkan percaturan kuasa barat dan Israel.
 
“Kita lihat semua gerakan Islam di negara Arab Spring telah gagal, walaupun kumpulan Islam yang paling ramai turun ke padang Arab Spring. Ini kerana ia dicaturkan oleh barat untuk selamatkan Israel.
 
“Syria yang ada hubungan baik dengan Iran membenarkan semua kumpulan Islam Palestin seperti Hamas, Tanzim Jihad, dan lain-lain berpengkalan di Syria yang turut dibantu Iran. 
 
“Iran juga mempunyai teknologi yang tinggi membantu Gaza dan Selatan Lubnan menggagalkan serangan Israel sebanyak dua kali...gagal, senjata Amerika tidak berkesan,” katanya lagi.
 
Ahli Parlimen Marang itu turut musykil sekiranya Presiden KUIS, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi sendiri yang mengeluarkan kenyataan berkenaan berikutan keadaan beliau yang sedang uzur.
 
“Beliau sedang uzur, telinganya susah nak dengar walau dah guna alat pendengaran dan matanya tak berapa nampak, saya tak tahu samada kenyataan itu benar dari dia (Syeikh Qaradhawi) atau tidak.
 
“Saya jumpa dia dalam dua tiga bulan lepas, saya terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat kerana beliau uzur,” katanya.
Read 504 times Last modified on Friday, 23 December 2016 17:01