Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaCuepacs: Pemotongan Gaji Mungkin Ditarik Balik
25
December

Cuepacs: Pemotongan Gaji Mungkin Ditarik Balik

Written by 
Published in Semasa
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum menurut laporan Astro Awani Online.
 
Menurut laporan tersebut, Presidennya, Datuk Azih Muda menyatakan rasa kesal beliau ekoran pemotongan gaji pada kadar maksimum terhadap sebahagian penjawat awam sehingga menjejaskan kedudukan kewangan mereka.
 
"Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya.
 
"Cuepacs juga mengintakan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan membenarkan pemotongan gaji untuk pembayaran PTPTN," kata Azih dalam laporan tersebut.
 
Dalam pada itu Azih turut menbangkitkan tiga lagi isu utama untuk perhatian kerajaan iaitu kos sara hidup, mekanisma penetapan harga rumah serta pelaksanaan 252 skim perkhidmatan.
 
Mengenai isu kenaikan kos sara hidup, beliau meminta Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar memandang serius kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
 
Beliau juga meminta kerajaan agar segera mewujudkan mekanisma penetapan harga rumah dan mencadangkan agar mekanisme tersebut dapat meletakkan penetapan bagi peratusan kadar harga rumah serta keuntungan, yang bakal diperoleh oleh pemaju perumahan.
 
"Cuepacs turut memohon agar kerajaan memperuntukkan jawatan bagi kenaikan pangkat untuk kakitangan awam yang berkhidmat di bawah agensi negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
 
Kata Azih, ia selari dengan pelaksanaan sebanyak 252 Skim Perkhidmatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai tahun depan agar pekerja tidak dinafikan hak dan peluang mereka untuk menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup.
Read 393 times