Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaRussia tolak resolusi UN, tekad bantu Syria kuasai Aleppo
Russia yang membantu kerajaan Syria dalam ketenteraan telah menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB. -Gambar REUTERS Russia yang membantu kerajaan Syria dalam ketenteraan telah menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB. -Gambar REUTERS
06
December

Russia tolak resolusi UN, tekad bantu Syria kuasai Aleppo

Written by 
Published in Semasa
ALEPPO, SYRIA- Tentera Syria berjaya menguasai beberapa lagi medan pertempuran di bandar Aleppo pada Isnin, berikutan keputusan China dan Russia yang menggunakan kuasa veto menolak resolusi gencatan senjata selama tujuh-hari oleh Majlis Keselematan PBB (UNSC).
 
Menurut laporan Al Jazeera, tentera Presiden Bashar al-Assad yang dibantu Russia itu berjaya merampas semula beberapa kawasan yang dikuasai puak pemberontak di timur Aleppo dan kini memegang dua per-tiga wilayah bergolak itu sejak memulakan serangan tiga minggu lalu. 
 
Sementara tentera kerajaan berjaya menawan kembali beberapa wilayah Aleppo, ia juga bermaksud kekalahan terbesar puak pemberontak dalam perang saudara yang meletus sejak lima tahun lalu.
 
Russia pada Isnin menolak tuntutan gencatan senjata PBB kerana ia akan memberi peluang kepada puak pemberontak untuk mengumpulkan tentera mereka.
 
Ini merupakan kali keenam Russia memveto resolusi UNSC sejak 2011 dan kali kelima China menghalang tindakan PBB sementara 11 negara ahli lain menyokong resolusi tersebut.
 
Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov membidas cadangan tersebut dan mendakwa ia akan menggugat inisiatif di antara Russia dengan Amerika Syarikat (AS).
 
“Mengambil kira semua aspek situasi terkini, resolusi draf itu bercanggah dengan latar belakang inisiatif Russia-Amerika dan dilihat sebagai satu provokasi yang cuba menggugat usaha Russia-Amerika,” katanya seperti yang dilapor Al Jazeera.
 
Beliau turut berkata pihaknya yakin akan memterai perjanjian dengan Washington pada minggu ini berkaitan pengunduran semua tentera pemberontak, manakala pemberontak yang enggan keluar dari wilayah itu akan dilayan seperti ‘pengganas'.
 
Russia dan AS telah menyenaraikan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Jabhat Fateh al-Sham sebagai kumpulan ‘pengganas’.
 
Jabhat Fateh al-Sham yang merupakan pihak pemberontak terbesar di Syria sebelum ini dikenali sebagai tentera al-Nusra. Nama kumpulan itu ditukar selepas mereka memutuskan hubungan dengan kumpulan militan al-Qaeda.
 
Sementara itu, agensi Reuters pada Sabtu melaporkan wakil puak pemberontak Syria mendakwa Russia tidak serius dalam perbincangan membatalkan pengepungan ke atas timur Aleppo dalam satu pertemuan tertutup yang diadakan di Turki. 
Read 281 times Last modified on Wednesday, 07 December 2016 12:10