Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaRussia ikrar 'bersihkan' Aleppo, mahu perjanjian dengan Turki
02
December

Russia ikrar 'bersihkan' Aleppo, mahu perjanjian dengan Turki

Written by 
Published in Semasa

Pentadbiran Moskow mengambil keputusan untuk terus membantu kerajaan Syria meneruskan operasi mengepung dan menyerang bahagian timur Aleppo sehingga puak pemberontak berjaya “dibersihkan”, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Khamis.

Beliau bagaimanapun berkata Russia akan meneruskan usaha bantuan kemanusiaan ke Aleppo dan menyedari keperluan memeterai perjanjian persefahaman dengan Turki.

 

Lavrov berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu, di bandar Alayna, Turki.

 

Kenyataan tersebut dibuat berikutan desakan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) agar peperangan dihentikan segera bagi melindungi orang awam.

 
Hubungan diplomatik di antara Turki dan Russia sangat janggal berikutan perang Syria yang melihatkan Turki menyokong pihak pemberontak manakala Russia berada di pihak Presiden Bashar al-Assad. 

 

Al Jazeera melaporkan Russia dan Turki telah bersetuju untuk mengurangkan situasi tegang di wilayah timur Aleppo.

 

“Lavrov mengesahkan pihak Russia sedang berkomunikasi dengan pihak pemberontak di Aleppo bagi mewujudkan satu perjanjian dan bantuan kemanusiaan boleh disampaikan…di zon gencatan senjata sementara. Tetapi dari perhatian kami, tiada kawasan yang selamat untuk zon seperti itu,” lapor Al Jazeera. 

 

Tentera Russia mula campur tangan perang Syria dengan berpihak kepada Bashar Assad sejak Oktober lalu, bagi membantu pihak kerajaan menentang pemberontak.

 

Pasukan bulan sabit merah (ICRC) melaporkan sejak 72 jam lalu sekurang-kurangnya 20,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah atau berhadapan kemungkinan terbunuh.

 

Aleppo sebelum ini merupakan bandar terbesar Syria namun akibat peperangan yang meletus sejak 2011, bahagian barat Aleppo kini dikuasai kerajaan manakala pihak pemberontak menguasai bahagian timur wilayah itu sejak 2012. 

 

Serangan ganas tentera Syria yang disertai Russia sejak empat bulan lalu menyaksikan 250,000 orang kini berada dalam kepungan. Ratusan ribu penduduk yang terjejas teruk terpaksa meninggalkan kediaman sejak Sabtu merupakan kaum wanita kanak-kanak.

 

sumber: al Jazeera

 

Read 266 times Last modified on Friday, 02 December 2016 12:12