Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaBerikan wanita hak memandu kereta, kata putera Saudi
01
December

Berikan wanita hak memandu kereta, kata putera Saudi

Written by 
Published in Semasa

Seorang putera Saudi mengeluarkan kenyataan menggesa Kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyat wanita negara itu memandu kereta kerana ia merupakan hak asasi selain akan membantu pertumbuhan ekonomi.

“Hentikan perdebatan: Sudah tiba masanya wanita perlu memandu (kenderaan),” kata putera Alwaleed bin Talal melalui akaun Twitternya, semalam.

                                                                             
 
Putera Alwaleed merupakan seorang ahli perniagaan bertaraf billionair tidak mempunyai sebarang jawatan politik namun sangat terkenal menyuarakan pendapat sendiri yang dilihat bercanggah dengan pendirian Saudi. 
 
Selepas kenyataan pendek tersebut, beliau mengarang satu kenyataan panjang menjelaskan faktor mengapa larangan tersebut perlu dihentikan. 
 
“Menghalang wanita daripada memandu kereta pada hari ini sama seperti melarang mereka mendapat pendidikan atau memiliki personaliti tersendiri.
 
“Larangan ini merupakan ketidakadilan masyarakat tradisional, yang menyekat secara berlebihan berbanding yang dibenarkan dalam ajaran agama,” kata Alwaleed. 
 
Beliau turut berkata sekiranya larangan itu dimansuhkan ia akan memberi kesan positif kepada kos ekonomi kerana amalan mengupah pemandu peribadi warga asing tidak diperlukan lagi.
 
“Isu wanita memandu adalah keperluan sosial yang mendesak berikutan masalah ekonomi sekarang,” kata putera itu. 
 
Pada Aprli lalu, timbalan putera mahkota Saudi, Mohammed bin Salman berkata beliau bersetuju bahawa ajaran agama tidak melarang wanita memandu namun tidak meyakini wanita perlu diberi hak memandu kerana bimbang penentangan dari masyarakat awam.
 
 
 

 

Read 255 times Last modified on Thursday, 01 December 2016 15:03