Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaZakir Naik nafi dapat kerakyatan Malaysia
28
November

Zakir Naik nafi dapat kerakyatan Malaysia

Written by 
Published in Semasa

SHAH ALAM- Pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik menafikan khabar angin mengatakan beliau dikurniakan kerakyatan Malaysia seperti yang didakwa sebuah media India, Hindustan Times.

Perkara itu dinafikan jurucakap beliau, Arif Malik yang memetik kenyataan Zakir Naik ketika dihubungi Janta Ka Reporter pada Ahad. 

“Tidak benar sama sekali.
 
“Beberapa bulan sebelum ini media India mendakwa saya dilarang masuk ke Malaysia, tetapi sekarang mereka mendakwa saya mendapat kerakyatan Malaysia pula. Ini dakwaan mengarut," kata Arif ketika dihubungi media Janta Ka.
 
Dalam perkembangan sama, media tempatan melaporkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menyangkal dakwaan kononnya Zakir Naik ditawar menjadi warganegara.
 
“Tidak benar. Terdapat banyak proses harus dilakukan dan ia boleh mengambil masa yang lama hingga berpuluh tahun,” katanya kepada Malay Mail Online.
 
Tanpa menyatakan sumber maklumat, Hindustan Times sebelum ini mendakwa Dr Zakir Naik dikurniakan kerakyatan Malaysia ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 sebagai pakej anugerah itu.
 
Dakwaan itu dilihat palsu apabila ia turut mendakwa Zakir kini memegang dua kerakyatan sedangkan polisi Malaysia tidak membenarkannya. 
 
Sementara itu, laporan The Star mengatakan Zakir kini berada di Malaysia. 

 

Awal bulan ini Times of India melaporkan kerajaan India telah mengenakan larangan lima tahun terhadap pertubuhan NGO Dr Zakir, Islamic Research Foundation (IRF) kerana didakwa menyebabkan insiden serangan di Dhaka pada Julai lalu.

 
Zakir dalam satu kenyataan menuduh keputusan pentadbiran Narendra Modi terhadap IRF sebagai tidak adil dan terburu-buru tanpa membuat penyiasatan terhadap dirinya.
 
“Sebelum penyiasatan dimulakan, bahkan sebelum laporan di buat, penggantungan terhadap IRF telah diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan media. 
 
Beliau bagaimanapun komited untuk melawan perintah larangan itu dan menyifatkannya sebagai bermotif politik.
 
Menurut Zakir, pihaknya mengalukan penyiasatan oleh Agensi Penyiasatan Nasional (NIA) namun sedar terdapat tekanan politik oleh kerajaan India.

 

“Saya positif pegawai NIA dan pihak terlibat akan melakukan siasatan terperinci, selepas empat bulan membuat kajian mereka akan menyedari saya sama sekali tidak pernah mempromosi keganasan tetapi (pihak penyiasat) akhirnya terpaksa akur dengan tekanan politik,” katanya.

 

 
Read 255 times Last modified on Monday, 28 November 2016 19:41