Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSindiket penjualan bayi meluas di Malaysia
Al Jazeera melaporkan sindiket penjualan bayi di Malaysia sangat rancak. - Gambar hiasan Al Jazeera melaporkan sindiket penjualan bayi di Malaysia sangat rancak. - Gambar hiasan
25
November

Sindiket penjualan bayi meluas di Malaysia

Written by 
Published in Semasa

KUALA LUMPUR- Agensi berita Al Jazeera melaporkan sindiket pasaran gelap membabitkan penjualan bayi sedang rancak berlaku di Malaysia termasuk melibatkan merasuah pegawai kerajaan.

Dokumentari yang dibuat selama empat bulan itu mendedahkan pelbagai sisi gelap berkaitan sindiket penjualan bayi yang didalangi warga tempatan.

 
Laporan berbentuk dokumentari kewartawanan penyiasatan oleh Chan Tan Chou itu juga mendedahkan sindiket penjualan bayi di Malaysia turut mengeksploitasi wanita-wanita warga asing bagi mendapatkan bayi mereka untuk dijual.
 

“Pengambilan anak angkat secara sah kadang-kadang akan mengambil masa bertahun-tahun kerana perlu melalui proses yang rumit.

 

“Kerana itulah ramai pasangan yang tidak mempunyai anak akan beralih kepada orang tengah (sindiket) bagi mendapatkan bayi. Mereka hanya perlu membayar kepada doktor dan pegawai kerajaan untuk memalsukan dokumen kelahiran supaya tiada yang akan tahu bayi itu bukan milik mereka,” kata Chan.

 

Seorang aktivis kanak-kanak, Hartini Zainuddin, berkata kepada Al Jazeera penjualan bayi ini seperti “Supermarket” apabila harga bayi ditentukan melalui beberapa kriteria.

 
“Bayi perempuan berkulit gelap akan dijual dengan harga yang murah berbanding bayi lelaki yang berkulit putih.
 
“Sekiranya bayi itu mempunyai darah campuran, ia akan menjadi lebih mahal berbanding bayi lain,” jelas Hartini. 
 
Lebih menyedihkan apabila Hartini mengatakan bayi yang tidak dapat dijual kemungkinan akan dibawa ke negara lain untuk dijadikan peminta sedekah.

 

 
Di dalam video tersebut seorang wanita yang dikenali sebagai Bonda mengaku menempatkan 78 wanita warga asing yang bersedia menjual bayi mereka di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
 
“Sejak dua bulan lepas Bonda hanya menawarkan bayi Indonesia kerana mereka tidak akan meminta bayi mereka semula seperti warganegara sini,” katanya ketika dirakam secara sembunyi oleh Al Jazeera.
 
Malah penyamaran Chan mendedahkan terdapat klinik yang dimiliki sebuah keluarga menawarkan khidmat sijil lahir palsu kepada pasangan yang membeli bayi melalui sindiket bagi menjadikan bayi itu warganegara Malaysia. 
 
Menurut laporan itu lagi, penjualan bayi sangat mudah didapati melalui laman sosial yang mengiklankan penjualan bayi secara terbuka. 
 
“Tiada pemeriksaan terhadap pembeli akan dibuat samada mereka akan menjadi ibu bapa yang baik atau tidak. 
 
Kepentingan terbaik kanak-kanak itu tidak akan dipertimbangkan dalam transaksi sedemikian,” kata Chan.
 
Read 649 times Last modified on Friday, 25 November 2016 17:18