Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSOSMA bukan khas untuk pengganas
23
November

SOSMA bukan khas untuk pengganas

Written by 
Published in Semasa

KUALA LUMPUR- Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak diterhadkan kepada pengganas sahaja kerana peruntukan akta itu turut melibatkan beberapa kesalahan lain.  

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ketika menjawab berkenaan penahanan Maria Chin Abdullah yang kini ditahan 28 hari di bawah akta SOSMA.

 

“Ramai yang masih keliru. SOSMA bukan sahaja boleh digunakan terhadap pengganas malah boleh digunakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah terancang, atau penyuludupan manusia atau kesalahan terhadap negara.

 

“Akta yang hanya digunakan kepada pengganas adalah POTA (Akta Pencegahan Keganasan 2015),” katanya kepada sidang media di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

 

Menurutnya, Maria telah melakukan aktiviti yang mampu menggugat demokrasi berparlimen di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan, yang membolehkan beliau ditahan di bawah SOSMA.

 

Ia berikutan pihak polis telah menjumpai bukti dokumen yang mengaitkan Maria dengan Open Society Foundation (OSF) milik George Soros ketika melakukan serbuan di pejabat Bersih 2.0 pada Jumaat lalu.

 

“PDRM telah menerima 15 laporan mengenai perhimpunan Bersih dan juga berkaitan bantuan-bantuan yang mereka terima dari luar.

 

“Sewaktu menggeledah polis menjumpai dokumen yang memberi petunjuk satu kesalahan dibawah Seksyen 124(c) yang meggugat demokrasi berpalimen telah berlaku dan prosedur ini adalah dibawah SOSMA,” 

 

“Penahanan ini tidak ada kaitan dengan perhimpunan Bersih,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, laman web pembocor maklumat DC Leaks mendedahkan OSF yang mempunyai kaitan dengan Agensi Risikan Pusat (CIA) dari Amerika Syarikat, terlibat memberi dana kepada beberapa pertubuhan di Malaysia termasuk Bersih. 

 

Sementara itu, Khalid turut menafikan tuduhan terhadap polis kononnya memberi layanan buruk kepada Maria, sebaliknya beliau diberi layanan sama rata seperti tahanan lain.

 

Read 348 times Last modified on Wednesday, 23 November 2016 23:16