Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaWujudkan tentera pengaman negara-negara Islam
Umat Islam Rohingya terus dizalimi kerajaan Myanmar Umat Islam Rohingya terus dizalimi kerajaan Myanmar
23
November

Wujudkan tentera pengaman negara-negara Islam

Written by 
Published in Semasa

SHAH ALAM- Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad mencadangkan satu pasukan tentera pengaman ditubuhkan dengan kerjasama di antara negara-negara Islam bagi membendung pembunuhan etnik Rohingnya di Rakhine, Myanmar.

"Pasukan tentera pengaman negara-negara Islam perlu ditubuhkan segera. 

 

"Kejadian pembersihan etnik masyarakat Islam Rohingya di Myanmar sepatutnya telah membuka mata pemimpin-pemimpin negara Islam,” katanya.

 

Menurutnya, walaupun telah ada tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun ia bukan di bawah kawalan negara-negara Islam. 

 

Beliau turut mengingatkan tragedi pembunuhan etnik umat Islam Bosnia di rantau Balkan, yang menyaksiakan 8000 ribu orang Islam dibunuh manakala puluhan ribu orang diusir dari tanah mereka.

 

"Hari ini terdapat umat Islam yang merupakan minoriti di negara mereka yang berhadapan dengan ancaman-ancaman pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai atau pengusiran dari kampung halaman mereka. 

 

"Tanpa campur tangan pasukan tentera pengaman mereka tidak akan mendapat pembelaaan yang sewajarnya. 

"Cukuplah dengan pengalaman pembersihan etnik umat Islam Bosnia di Balkan pada awal 90’an.” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

 

Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilaporkan akan mengusulkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya memboikot Piala AFF yang diadakan di Myanmar dengan membawa pulang skuad negara. 

 

Sebelum ini agensi Reuters melaporkan perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa Myanmar terhadap Rohingya terus berlaku dengan Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan terbaru meletus di Rak­hine 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya mencecah sehingga 350 orang manakala 300 yang lain cedera.

 

Selain itu, sebanyak 3,500 bu­ah rumah dibakar atau dimus­nahkan, mengakibatkan sekurang-kurang­nya 30,000 penduduk hilang tem­pat tinggal.

Read 263 times Last modified on Wednesday, 23 November 2016 20:37