Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSah! RUU 355 bakal dibentang
23
November

Sah! RUU 355 bakal dibentang

Written by 
Published in Semasa

KUALA LUMPUR- Usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) bakal dibentangkan di dalam persidangan Dewan Rakyat, minggu ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sejurus selesai sesi taklimat kepada semua ahli Parlimen yang beragama Islam mengenai pindan akta itu, petang semalam.

 
Ketika ditanya bilakah RUU 355 akan dibentangkan, beliau menjawab “Minggu ini, Insyallah, sebelum habis (sidang Dewan Rakyat),” katanya kepada pemberita di perkarangan Parlimen, semalam.
 
Menurut Ahmad Zahid taklimat yang berlangsung sejam itu adalah inisiatif beliau sendiri berikutan terdapat pelbagai tafsiran salah terhadap usul persendirian yang dibawa oleh ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang. 
 
Beliau turut mencadangkan satu Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan yang akan melibatkan ahli Parlimen Islam dan bukan Islam berkaitan pemindaan akta berkenaan.
 
"Ini bagi memperincikan, memperhalusi dan memurnikan sebarang unsur yang tidak jelas mengenai pembahagian kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
 
“Dengan adanya Jawatankuasa ini, diharap segala kekhuatiran ahli Parlimen bukan Islam dapat dijelaskan,” katanya. 
 
Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh turut mengingatkan bahawa pindaan RUU 355 itu tidak melibatkan orang bukan Islam. 
 
"Undang-undang (RUU 355) adalah khusus untuk orang Islam.
 
“Tiada peruntukan yang membolehkan ia mengambil alih bidang kuasa mahkamah sivil kerana ia hanya untuk memperkasa Mahkamah Syariah sahaja,” jelas beliau lagi.
 
Taklimat kepada semua ahli Parlimen Islam sebelum itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Read 205 times Last modified on Wednesday, 23 November 2016 08:42