Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSelangor luluskan Pembinaan PPA1M
21
November

Selangor luluskan Pembinaan PPA1M

Written by 
Published in Semasa

Wakil Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), Encik Ismail Che Hassan, Ketua Unit PPA1M telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangor Bil. 8/2016 hari ini.

Mesyuarat di antara lain telah membincangkan 8 projek PPA1M yang akan dibina di negeri Selangor. Ia melibat 6,108 unit rumah kediaman.

 

Mesyuarat hari ini bersetuju meluluskan pemohonan-permohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan syarat-syarat Pihak Berkuasa Tempatan terlibat.

 

PPA1M disyaratkan untuk membina 20 peratus Rumah Selangorku di setiap projek dan harga jualan maksima rumah PPA1M adalah RM300,000.

 

Senarai pembeli-pembeli Rumah Selangorku mestilah daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

 

Sebagai pulangan Kerajaan Negeri membenarkan kepadatan pembangunan PPA1M menurut kepadatan Rumah Selangorku. Ini bermakna di antara 80 hingga 120 unit seekar bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Kelulusan yang diberi hari ini adalah membuktikan sikap terbuka Kerajaan Negeri yang bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

 

Ini mungkin boleh berlaku kerana PP1AM bukan di bawah bidangkuasa Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesejahteraan Bandar yang mengambil sikap berkonfrontasi terhadap Kerajaan Negeri. Sikap seperti ini hanya akan merugikan rakyat. Pemimpin negara mestilah bersikap seperti seorang negarawan dan bukan seperti seorang Ketua UMNO Cawangan.

 

YB DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD,
EXCO PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN DAN KEHIDUPAN BANDAR
NEGERI SELANGOR
21 November 20160

 

Read 310 times Last modified on Monday, 21 November 2016 18:26