Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaIklan Krismas Amazon lawan Islamophobia
21
November

Iklan Krismas Amazon lawan Islamophobia

Written by 
Published in Semasa
Stor atas talian terkenal Amazon.com memilih untuk mempromosi persahabatan merentas agama diantara seorang Muslim dan seorang Kristian di dalam iklan Krismas mereka tahun ini. 
 
Walaupun iklan itu berdasarkan skrip lakonan tetapi ia menggunakan dua personaliti sebenar iaitu pengetua sekolah Muslim School Oadby, Imam Zubeir Hassam dan Rev. Gary Bradley, seorang paderi gereja di London.
 
Iklan tersebut menunjukkan seorang imam menziarahi rakannya di rumah yang merupakan seorang paderi. Kedua-dua mereka berkongsi cerita, jenaka dan masalah lutut akibat umur mereka yang meningkat. 
 
Tanpa disedari, kedua-dua mereka secara kebetulan menempah pelindung lutut yang sama melalui Amazon yang dihantar bukan kepada diri sendiri sebaliknya menghadiahkannya kepada masing-masing.
 
Pada akhir babak, mereka berdua tidak lagi gusar dengan masalah sakit lutut dengan menggunakan pelindung lutut yang dihadiahkan untuk beribadah dengan selesa. 
 
Imam Zubeir berkata kepada laman web The Telegraph walaupun ia sekadar lakonan, namun skrip iklan itu membayangkan kehidupan sebenar beliau. 
 
“Itulah yang saya lakukan di dalam komuniti saya -  saya tidak perlu ‘berlakon’ kerana hanya perlu menjadi diri sendiri.
 
“Dengan publisiti yang buruk terhadap Islam, iklan ini menggambarkan sesuatu yang sangat positif kerana menunjukkan manusia boleh bersama-sama walaupun berbeza agama,” katanya kepada The Telegraph.
 
Menurut seorang professor di Boston University, Tobe Berkovitz, iklan tersebut adalah yang pertama memaparkan watak seorang imam dan disiarkan di kaca TV di Amerika Syarikat.
 
Iklan yang mempromosi nilai persahabatan itu turut mendapat pujian ramai orang kerana dapat membantu melawan naratif Islamophobia yang sedang meningkat di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
 
Read 427 times Last modified on Monday, 21 November 2016 13:27