Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPenyertaan berkurang, Polis berjaya kawal Bersih, Baju Merah
20
November

Penyertaan berkurang, Polis berjaya kawal Bersih, Baju Merah

Written by 
Published in Semasa

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataannya memberi anggaran seramai 18,000 peserta terlibat dalam perhimpunan yang melibatkan peserta Bersih 5.0 dan Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (Baju Merah) pada sabtu. 

Menurut kenyataan tersebut, seramai 15,500 peserta adalah dari kumpulan Bersih manakala 2,500 pula merupakan peserta Baju Merah.

 

Anggaran itu bercanggah dengan laporan Malaysiakini yang melaporkan seramai 40,000 peserta Bersih berada di sekitar lokasi perhimpunan itu semalam.

 

Walaubagaimanapun, penyertaan Bersih 5 dilihat semakin berkurangan berbanding tahun lepas yang dilaporkan Malaysiakini dihadiri oleh 500,000 peserta walaupun laporan polis menganggarkan hanya 25,000 orang menghadiri Bersih pada tahun lalu. 

 

Laporan portal itu turut mengaitkan PAS yang tidak terlibat sebagai salah satu punca kehadiran peserta Bersih berkurangan.

 

Sementara itu, kawalan ketat polis pada perhimpunan Bersih 5.0 yang diadakan semalam menyaksikan tiada sebarang insiden buruk berlaku.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji pasukan polis yang bertugas berjaya mengawal selia keselamatan para demonstran.

 

“Syabas dan Tahniah untuk warga PDRM di dalam memastikan keamanan dan keselamatan di kekalkan sepanjang Demo Bersih5 hari ini (semalam),” ujarnya melalui laman twitter.

 

Perhimpunan semalam berakhir pada 5 petang selepas para demonstran mula bersurai. 

 

Dalam perkembangan berkaitan, PDRM pada jumaat telah menahan 15 pemimpin dari dua kumpulan berkenaan dan mengesahkan 20 tangkapan telah dibuat sehingga semalam. 

Read 318 times Last modified on Sunday, 20 November 2016 23:02