Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaCadangan Penyelesaian Ambil Alih Konsesi Air terakhir Untuk Selangor Yang Menguntungkan Rakyat
19
November

Cadangan Penyelesaian Ambil Alih Konsesi Air terakhir Untuk Selangor Yang Menguntungkan Rakyat

Written by 
Published in Semasa

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor masih lagi mengambil berat tentang proses pengambilan konsesi Air Selangor yang melibatkan konsesi terakhir iaitu SPLASH.

Selangor telah Berjaya mendapatkan TIGA Konsesi lain iaitu SYABAS, ABBAS Dan Puncak Niaga Sdn Bhd dan sedang menunggu persetujuan SPLASH bagi pengambilan yang terakhir. Namun yang membimbangkan Pemuda PAS Selangor adalah sekiranya nanti berlaku keputusan dan tindakan yang tidak menguntungkan rakyat apabila berbelanja lebih tanpa keperluan yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

 

Pertikaian berlaku apabila SPLASH mendesak untuk mendapatkan bayaran yang lebih yang ditawarkan sebelum ini yang bernilai sekitar RM250.6 juta. 

 

Hasil laporan akhbar, diberitakan kemungkinan tawaran baru boleh mencecah RM2.7b untuk pengambilan ekuiti SPLASH. Jika ini diputuskan, ia boleh merugikan rakyat Selangor hampir bernilai RM2.45B yang perlu ditanggung dalam proses pembiayaan tersebut.
Maka, sukacita untuk Pemuda PAS Selangor mengemukakan cadangan yang dikira terbaik untuk penyelesaian isu ini untuk kebaikan rakyat.

 

1. SPLASH mengharapkan harga terbaik daripada perundingan. Namun perlu diingat semenjak dianugerah konsesi air ini untuk diurus SPLASH mengikut dasar penswastaan, SPLASH boleh dikatakan tidak pernah rugi dan untuk semenjak ia diberi hak industri Air Selangor. Maka, jika dikatakan SPLASH dizalimi, maka SPLASH telah menikmati hasil yang cukup lumayan sejak 10 tahun yang lepas. Malah yang dizalimi adalah rakyat, yang terus menerus dikutip bil ke atas mereka tanpa mempersoalkan pun siapa yang mengambil untung lumayan.

 

2. Tawaran Asal negeri Selangor sebanyak RM250.6 kepada SPLASH adalah tawaran yang munasabah bagi kerajaan Negeri setelah mengira keuntungan yang diperolehi oleh SPLASH dan cara yang sama juga telah dikenakan kepada tiga konsesi lain yang telah selesai diambil alih.

 

3. Maka, cadangan RM250.6 juta dan bersedia kepada Independent International Arbitration sekiranya ada konsesi tidak setuju adalah pendirian terbaik bagi Kerajaan Selangor untuk menjaga amanah dan maslahah rakyat Selangor. Sekiranya tidak berpuas hati, SPLASH boleh membawa kes kepada International Arbitration untuk mendapatkan keadilan yang dituntut.

 

4. Kerajaan Negeri perlu bersedia menerima keputusan International Arbitration selepas menetapkan bahawa tawaran Kerajaan negeri adalah RM250.6 berjuta. Kerajaan perlu bersedia mematuhi Keputusan Arbitration selepas itu. Namun, untuk keadaan sekarang, Selangor perlu bertegas dengan pendirian ini dan memberi hak kepada SPLASH untuk membawa kepada Arbitration sekiranya tidak berpuas hati.

 

5. Cadangan Pemuda PAS ini berdasarkan kefahaman bahawa begitulah yang dipersetujui dalam Master Agreement antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri seperti yang disebut dalam Kertas Penstrukturan Air Selangor (kertas putih) yang dibentang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) pada 20 Nov 2012.

 

Dewan Pemuda PAS Selangor amat mengambil berat akan maslahah rakyat akan datang dan amanah dalam menjaga harta rakyat bagi Negeri Selangor ini. Kami berharap, kerajaan Selangor yang ada hari ini menimbangkan cadangan ini untuk menjaga kepentingan rakyat. Sekiranya berlaku sebaliknya, maka persepsi bahawa Selangor mementingkan Pemodal pemodal dan syarikat syarikat swasta tidak akan dapat ditepis. Lebih ditakuti, Kerajaan Selangor hari ini akan dihukum oleh rakyat sekiranya gagal menjaga maslahah rakyat dan amanah menjaga rizab negeri Selangor yang amat dibanggakan selama ini.

 

Ahmad Hakimi Othman,
Pengarah Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor,
Pengerusi TASKFORCE AIR DPPNS,
19 Nov 2016

Read 208 times Last modified on Saturday, 19 November 2016 14:05