Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaIsu Air : PAS Selangor Beri Penjelasan Kepada Presiden
17
November

Isu Air : PAS Selangor Beri Penjelasan Kepada Presiden

Written by 
Published in Semasa

Satu pertemuan telah diadakan pada 14 November lepas di antara Presiden PAS dan pimpinan PAS Selangor tentang surat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Surat tersebut telah "viral" di media sosial dan telah membuat beberapa andaian terhadap Exco-Exco PAS.

 

Oleh itu PAS Selangor telah memaklumkan perkara-perkara berikut kepada Presiden sebagai penjelasan,

 

  1. Kabinet memutuskan pada 17 Oktober lepas, syarikat penilaian antarabangsa akan dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan nilai tawaran kepada Splash. MAKA DAKWAAN SESETENGAH PIHAK BAHAWA TAWARAN RM2.7B TELAH DIMUKTAMADKAN ADALAH TIDAK BENAR.

  2. Splash tidak pernah bersetuju dengan tawaran RM250 juta yang dibuat ketika pentadbiran Menteri Besar sebelum ini. Kerajaan negeri telah diberi tempoh untuk mencapai persetujuan dengan Splash tetapi sehingga kini belum ada persetujuan.

  3. 6 tawaran kepada 4 syarikat konsesi telah dibuat dari tahun 2009 hingga 2014 ketika pentadbiran Menteri Besar sebelum ini termasuk tawaran RM2.95B kepada Splash yang diumumkan pada Sidang Dewan baru-baru ini.

 

PAS Selangor akan sentiasa memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Selangor. Satu penyelesaian yang adil kepada semua pihak mesti dicapai. Rakyat tidak wajar dibebankan dan program air percuma mesti diteruskan.

 

Exco-Exco PAS sentiasa menjalankan tugas mereka berlandaskan prinsip-prinsip Islam dan sama sekali tidak akan menggadaikan prinsip tersebut.

 

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
17 November 2016

Read 171 times Last modified on Thursday, 17 November 2016 12:18