Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSewa atas sewa tidak dibenarkan
09
November

Sewa atas sewa tidak dibenarkan

Written by 
Published in Semasa
SHAH ALAM- Kerajaan negeri mengesahkan telah mengeluarkan notis keluar rumah kepada 100 penghuni rumah Selangorku di Kota Damansara kerana mereka bukan pemohon sebenar skim tersebut.
 
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor, Dato' Iskandar Abdul Samad berkata notis tersebut adalah bagi penghuni yang menyewa dengan penyewa sebenar yang berjaya memohon dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). 
  
“Kita kena berlaku adil kepada ramai lagi pemohon yang telah menunggu lama dan masih berada dalam senarai menunggu.
 
“Kalau mereka (penyewa di atas sewa) nak masuk rumah Selangorku, mereka perlu isi borang dan menunggu giliran,” katanya yang menjawab soalan Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.

 

Beliau turut merujuk kepada beberapa tindakan penyewa asal yang cuba mengaut keuntungan atas angin dengan mengenakan caj sewa yang mahal kepada penyewa kedua.

 
"Terdapat penyewa asal yang mengenakan caj sewa yang tinggi kepada orang lain berbanding kos sebenar yang telah pun ditetapkan kerajaan negeri," katanya.

 

Menurut Iskandar, pemohon yang berjaya menyewa rumah Selangorku tidak dibenarkan menyewakan rumah mereka melalui konsep 'sewa atas sewa’ kerana  amalan tersebut melanggar polisi kerajaan negeri.

 
Bagaimanapun, menurut Adun Cempaka itu, kerajaan negeri akan cuba membantu penyewa-penyewa terbabit mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan lain.
 
“Kerajaan Negeri boleh tolong carikan di kawasan lain contohnya di kawasan Lembah Subang atau tempat lain yang sesuai, tetapi mereka perlu memohon dahulu.
 
“Dengan skim smart sewa melalui peruntukan RM100 juta, mungkin hal ini boleh jadi lebih mudah,” katanya ketika menjawab pertanyaan Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi ini. 
 
Read 561 times Last modified on Wednesday, 09 November 2016 20:06