Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaMuslimat PAS pemacu kemenangan
06
November

Muslimat PAS pemacu kemenangan

Written by 
Published in Semasa

GOMBAK- Muslimat PAS seharusnya menjadi penggerak yang mahir dalam pelbagai bidang untuk memacu parti dalam kemenangan PRU ke 14.

Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor menyeru muslimat PAS agar mempersiapkan diri sebgai generasi pelapis kepimpinan pada masa akan datang.

 

"Muslimat mesti membina kemahiran, kepakaran, kebolehan dalam pelbagai bidang. PAS ibarat sekolah yang besar, maka ambillah peluang untuk mendalami pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang.

 

"Binalah kekuatan dari segi pengetahuan, spiritual dan jasmani untuk mendepani pelbagai situasi hari ini yang mencabar," katanya kita membentangkan amanat daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh di program Jelah Saidatina Khadijah (JELAS) di Taman Melewar hari ini.

 

Beliau turut mengingatkan muslimat PAS agar mengambil iktibar dari sirah pengorbanan golongan wanita dalam perjuangan Islam seperti Siti Hajar dan anaknya Nabi Ibrahim dan Asma binti Abu Bakar.

 

Salamiah mengingatkan jentera muslimat agar terus bersama denyut nadi rakyat dalam pelbagai isu kos sara hidup yang semakin meningkat juga isu sosial yang semakin teruk.

 

Read 169 times Last modified on Sunday, 06 November 2016 18:18