Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPembinaan Jambatan Ketiga Klang siap 88 peratus.
04
November

Pembinaan Jambatan Ketiga Klang siap 88 peratus.

Written by 
Published in Semasa

SHAH ALAM - Pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang fasa 1 telah mencapai 88 peratus berbanding 95.29 peratus yang dijadualkan.

Menurut Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata kelewatan tersebut berlaku kerana proses ambil alih tanah yang memakan masa.

 

"Kelewatan adalah 7.29 peratus iaitu sebanyak 51 hari. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh proses ambil alih tanah, pengalihan tokong dan kerja pengalihan utiliti dan projek pembinaan Klinik Kesihatan baru.

 

"Projek yang bermula sejak 2014 itu menelan kos semasa sebanyak RM 210.8 juta dan dijangka siap pada Mei 2017," katanya menjawab pertanyaan mulut Adun Kampung Tunku, Lau Weng San.

 

Tambah Zaidy kerajaan negeri turut memperuntukkan RM 6 juta untuk membina sebuah Klinik Kesihatan baru bermula pada bulan ini.

 

Pembinaan terseut dijangka selesai Mei 2017.

 

Projek Jambatan Ketiga Klang diumumkan pada 4 Mac 2008 sebelum PRU ke-12 oleh pentadbiran negeri yang lama bersama bekas Menteri Kerjaya Datuk Seri S. Samy Vellu.

 

Projek tersebut merangkumi pembinaan jambatan sepanjang 0.5 km dan menaiktaraf jalan sepanjang 3.5 km.

 

Projek tersebut tidak dijalankan sehingga awal 2013 sebelum kerajaan negeri mengambil ibisiatif untuk meneruskan projek tersebut dengan peruntukan kerajaan negeri setelah mengambilkira keperluan penduduk Klang.

Read 798 times Last modified on Friday, 04 November 2016 12:27