Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaTiada bukti habuan seks dan wang di Selangor
04
November

Tiada bukti habuan seks dan wang di Selangor

Written by  Zulhilmi Yusoff
Published in Semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjumpai sebarang bukti wujudnya habuan seks dan wang, melibatkan kakitangan kerajaan negeri Selangor, jelas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

"Ada dakwaan pernah dibuat, bukan oleh kerajaan, tapi dari pihak sana (pembangkang), beritahu tentang perkhidmatan seks. 

 

"Bila disiasat, bukti (dakwaan) kita dapati tidak wujud," kata Razali ketika sesi pergulungan perbahasan Bajet 2017, di Parlimen semalam.

 

Mei lepas, satu aduan kepada SPRM oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa wujud permintaan habuan seks dan wang dari pihak yang terlibat dalam pengurusan kerajaan negeri Selangor.

 

Dakwaan itu kemudiannya disangkal Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang menganggap tuduhan itu sebagai tidak berasas dan sengaja direka bagi memburukkan kerajaan negeri.

 

Azmin turut menyatakan kesyukuran selepas SPRM mengesahkan tiada unsur salah laku melibatkan habuan wang atau wanita berlaku di kalangan penjawat awam negeri pentadbirannya.

 

“Maka dengan pengunguman yang telah dibuat oleh SPRM membuktikan kerajaan negeri Selangor senantiasa menekankan prinsip-prinsip yang murni dan bertanggung jawab.

 

“Saya bersyukur kerana pengunguman ini dapat membersihkan nama pimpinan dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Read 410 times Last modified on Friday, 04 November 2016 10:33