Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPerutusan Hari Deepavali 2016
28
October

Perutusan Hari Deepavali 2016

Written by  Ahmad Yunus Hairi
Published in Semasa

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ma’idah ayat 8 yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Selangor yang beragama Hindu di mana pun anda berada.

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memper- ingatkan bahawa walaupun Islam adalah agama rasmi Malaysia tetapi ianya tidak menghalang agama-agama lain samada untuk dianuti ataupun diamalkan di kalangan pengikut agama masing-masing. Malah Islam menolak keras sebarang bentuk penghinaan dan kerosakan terhadap agama lain termasuklah alat sembahan mereka.Inilah bentuk toleransi yang saya harapkan kepada semua rakyat khususnya di negeri Selangor ini supaya meningkatkan ilmu kefahaman terhadap keunikan masyarakat majmuk di dalam Negara ini yang mempunyai kepelbagaian agama, ras bangsa, keturunan, budaya dan sebagainya.

 

Adalah juga menjadi harapan saya semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali akan turut menyinari nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan kebersatuan kita semua di dalam Negeri Selangor terutamanya di dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan pemerkasaan hubungan kemasya- rakatan. Selain itu, marilah kita bersama-sama seluruh rakyat Selangor bersatu hati mengorak langkah bagi meneruskan kecemerlangan Negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, sejahtera, aman sentosa dan prihatin rakyat. Semoga kita sama-sama dapat menikmati kehidupan yang harmoni atas dasar toleransi dan muafakat yang sememangnya amat penting di dalam asas pembangunan sesebuah masyarakat dan Negara.

 

Akhir kata, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali atau“Deepavali Vaalthukal” kepada seluruh rakyat Selangor yang beragama Hindu dengan harapan semoga cahaya sambutan ini akan menerangi kehidupan semua rakyat untuk hidup dalam keadaaan yang aman dan harmoni.

 

 

YANG BERHORMAT DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI, D.P.M.S.

AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (EXCO)

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi

Read 196 times Last modified on Wednesday, 16 November 2016 10:46