Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaRebat Berkurang, Rakyat Makin Terbeban?
09
December

Rebat Berkurang, Rakyat Makin Terbeban?

Written by 
Published in Semasa

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata tidak akan ada perubahan dalam tarif elektrik 

asas dari1 Januari hingga 30 Jun tahun depan. Walau bagaimanapun, rebat telah dikurangkan daripada 2.25 sen per kWh 

kepada 1.52 per kWh berkuatkuasa 1 Jan tahun depan. Pengurangan rebat tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan 

mengakibatkan pengguna perlu membayar lebih 0.73 sen bagi setiap kilowatt per jam (kWj) untuk tempoh 6 bulan pertama 

tahun depan.

 

Bagaimanapun, Rebat bagi Sabah dan Labuan kekal pada 1.20 sen/kWj. Tarif asas elektrik keseluruhannya akan kekal sama 

sepertitempoh semasa, pada purata 38.53 sen/kWj bagi semenanjung, dan 33.32 sen/kWj bagi Sabah dan Labuan. kata  

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Putrajaya.

 

Beliau juga mengumumkan penjimatan kos sebanyak RM762.03 juta daripada Julai hingga Disember 2015 dalam Pelepasan 

Kos Bahan Api Dan Penjanaan (Imbalance Cost Pass Through), yang mengambil kira perubahan dalam kos bahan api dan 

kos penjanaan kuasa.

 

Pengguna yang menggunakan 300kwj sebulan tidak terjejas tetapi ramai yang guna lebih 300kwj bakal dikenakan caj yang 

lebih.Contoh jika dahulu anda guna 600kwj sebulan dan membayar sebanyak RM218.30 sebulan maka bermula Januari pada 

penggunaan yang sama anda dikenakan bayaran sebanyak RM222.68. Kos bayaran bil anda akan meningkat walaupun tarif 

dikekalkan.

 

 

 

Isu ini mendapat maklum balas daripada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca)yang berkata kerajaan 

perlu mengekalkan rebat bagi tarif elektrik untuk memberi manfaat kepada kumpulan berpendapatan rendah.Setiausaha 

Agung Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata ini kerana peralatan elektrik tertentu diperlukan penggunaan elektrik yang lebih 

tinggi.

 

"Namun, ia adalah satu langkah yang baik oleh Kerajaan tidak menaikkan tarif asas kuasa yang diberikan penurunan

harga bahan api.

 

"Ini bukan masa yang sesuai untuk menaikkan tarif elektrik adalah satu keperluan asas. Orang ramai yang menghadapi

masa yang sukar sekarang, "katanya di sini, semalam.

 

Kenaikan caj elektrik kepada mereka ini dijangka mengundang kemarahan rakyat khasnya yang telah sedia terbeban

dengan kos hidup yang terlalu tinggi. Merahkuning.com akan cuba mendapatkan reaksi dan pandangan masyarakat

berkenaan isu kenaikan ini.

 

 

 

Read 537 times Last modified on Thursday, 10 December 2015 12:11