Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSultan Kelantan Dipilih Sebagai Agong ke-15
Sultan Negeri Kelantan Darul Naim, Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V. Sultan Negeri Kelantan Darul Naim, Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V.
14
October

Sultan Kelantan Dipilih Sebagai Agong ke-15

Written by  Zulhilmi Yusoff
Published in Semasa

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini telah memilih Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun berikutnya.

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Negara hari ini

Kesemua sembilan sultan Melayu hadir pada mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara hari ini yang dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Sejak 13 Disember 2011 sehinnga kini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa  dan tempoh perkhidmatan baginda akan berakhir pada 12 Disember ini.

 

 

 

Read 299 times