Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaKerajaan Negeri Mahu Baik Pulih Pangsapuri Selangor
13
October

Kerajaan Negeri Mahu Baik Pulih Pangsapuri Selangor

Written by  Zulhilmi Yusoff
Published in Semasa

Skim Baik pulih Negeri Berkebajikan (CERIA) untuk pangsapuri kos rendah dan pangsapuri sederhana rendah telah dilaksana semenjak tahun 2010 menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Dato' Iskandar Abdul Samad.

Jumlah peruntukan untuk pangsapuri sejak 2010 sehingga 2016 adalah sebanyak RM 85,356,020.61 melibatkan 263 kawasan pangsapuri. 

 

CERIA menggunakan konsep perkongsian kos di antara kerajaan negeri dengan penduduk pangsapuri terlibat.

 

“Skim ini menggunakan konsep perkongsian kos di mana kerajaan negeri akan menyumbang 80 peratus kos membaik pulih. Sementara penduduk perlu membayar 20 peratus yang boleh dibayar secara ansuran. Untuk rumah kos sederhana rendah pula, perkongsian ini adalah 60 peratus dari kerajaan negeri dan 40 peratus dari penduduk.

 

Kerja-kerja yang dilaksanakan di bawah skim CERIA ini adalah kerja-kerja yang melibatkan mengecat semula, lif, bumbung, tangki air, pam air, saluran air hujan, pendawaian elektrikal dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurut beliau disebabkan bilangan pangsapuri yang melibatkan pangsapuri yang terbiar sejak kerajaan BN berkuasa adalah terlalu tinggi kerajaan negeri memerlukan sedikit masa dalam melaksanakan skim itu.

 

“Selain dari CERIA, untuk membantu penduduk pangsapuri kos rendah kerajaan negeri telah juga mengecualikan cukai taksiran (cukai pintu) bagi tahun 2016 dengan kehilangan pendapatan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dianggarkan sebanyak RM55 juta.

Kerajaan negeri telah turut melebarkan skim CERIA kepada semua pangsapuri dengan harga jualan RM150,000 ke bawah. Had sebelum ini adalah RM72,000 ke bawah,” katanya.

 

 

Read 172 times Last modified on Thursday, 13 October 2016 13:29