Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaKenaikan tambang pengangkutan awam, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat
05
December

Kenaikan tambang pengangkutan awam, kerajaan tidak prihatin masalah rakyat

Written by 
Published in Semasa

Susulan kenaikan tambang pengangkutan awam melibatkan monorel, Tansit Aliran Ringan (LRT) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) 2 Disember lalu Merahkuning.com melakukan tinjaun di sekitar Stesen Komuter Padang Jawa, Shah Alam bagi mendapatkan reaksi orang ramai.

 

Rata-rata pengguna pengangkutan awam melahirkan rasa kekesalan dengan tindakan kerajaan yang tidak cakna masalah rakyat dengan menaikkan tambang tiket pada kadar tinggi sehingga membebanan orang ramai.

 

Seorang pelajar, Amalina Rusdi, 22, berkata kenaikan kadar komuter membebankan beliau yang menggunakan pengangkutan awam untuk menghadiri kelas di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Gombak.

 

“Kenaikan ini membebankan kerana saya terpaksa menanggung tambang teksi yang mahal untuk ke kolej.

 

“Kalau kenaikan sekadar 20 sen saya tak kisah. Tapi kenaikan sekarang sangat tinggi dan agak melampau,” tambah Amalina.

 

Bagi Amalina, beliau tidak kisah sekiranya kerajaan menaikkan tambang tetapi dengan kadar yang munasabah.

Sementara itu pekerja swasta, Norhanna Bolhan, 24, kenaikan sehingga dua kali ganda amat membebankan beliau untuk berulang setiap hari ke tempat kerja.

 

“Sebelum ini tambang ulang alik ke Setia Alam daripada Padang Jawa hanyalah Rm3.20 tetapi meningkat naik sebanyak dua kali ganda,” katanya lagi.

 

Mengulas lanjut, Norhana berkata tambang KTM di kaunter meningkat berbanding menggunakan kemudahan Touch and Go. Belanjawan bulanan beliau terjejas teruk ekoran kenaikan ini, Sebelum ini beliau membelanjakan RM64 ringgit untuk KTM dan kini meningkat sebanyak RM128 sebulan.

 

 

Pekerja sebuah pasar raya Mohd Muaz Ismuni, 26, berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga tambang tidak sejajar dengan saranan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

 

“Kerajaan cadangkan kita (orang ramai) menggunakan pengangkutan awam, tapi kos naik dengan mendadak seperti ini menyusahkan orang ramai dari menggunakan pengangkutan awam.

 

“Negara kita sudah perkenalkan GST, tak sepatutnya ada kenaikan pengangkutan awam kerana GST sepatutnya dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan kemudahan awam yang lebih baik,” tambah Asmuni.

 

 

Bermula 2 Disember lalu kerajaan telah menaikkan harga pengangkutan awam melibat LRT, Monorel dan KTM dengan kadar 20 sen sehingga RM20 sehala.

 

Tindakan ini menimbulkan keresahan orang ramai terhadap tahap kestabilan ekonomi Negara dengan peningkatan hutang kerajaan serta taraf hidup yang semakin meningkat.

Read 2035 times Last modified on Sunday, 06 December 2015 01:09