Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaInsentif bantuan dan latihan kepada usahawan tani muda, Selangor komited lahirkan usahawan tani
02
August

Insentif bantuan dan latihan kepada usahawan tani muda, Selangor komited lahirkan usahawan tani

Written by 
Published in Semasa

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani komited dalam membangunkan usahawan muda dengan menyediakan pelbagai program bantuan serta latihan.

 

Menurut exconya, Zaidy Abdul Talib, kerajaan negeri menyediakan bantuan dalam bentuk peralatan sebanyak RM30,000 di bawah program Agro Generasi Muda (AGROGEMS).

 

"Tujuan bantuan tersebut adalah bagi membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil projek yang mereka ceburi.

 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berhubung galakan kepada belia untuk menceburi bidang pertanian.

 

Tambah Zaidy, kerajaan negeri turut mewujudkan tiga program utama bagi tujuan galakan termasuk Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS), Program Ladang #SmartSelangor dan Kebun Komuniti.

 

"Bagi yang berminat tetapi belum memulakan projek pertanian Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan program-program seminar dan kursus-kursus serta latihan yang berkaitan dengan sektor pertanian.

 

"Seperti program kursus tanaman fertigasi, peternakan kambing, ayam, pedaging, peternakan ikan air masin, air tawar dan pertenakan lebah kelulut dan sebagainya," katanya.

 

Pada tahun 2016 Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan bantuan sebanyak RM 652,132 bagi tujuan pembangunan usahawan muda berbanding RM 290,000 pada 2015.

Read 727 times Last modified on Tuesday, 02 August 2016 15:22