Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSukma 2016: Selangor kekal rentak cemerlang, mendahului kutipan pingat keseluruhan
28
July

Sukma 2016: Selangor kekal rentak cemerlang, mendahului kutipan pingat keseluruhan

Written by 
Published in Semasa

Kontinjen Selangor meneruskan rentak cemerlang di Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak semalam dengan menambah kutipan pingat menjadi 42 emas, 52 perak dan 38 gangsa.

 

Kutipan tersebut meletakkan Selangor mendahului keseluruhan kutipan mengatasi tuan rumah, Sarawak yang mengumpul 41 emas, 23 perak dan 36 gangsa. Juara bertahanan Wilayah Persekutuan mengutip 26 emas, 31 perak dan 30 gangsa manakala Terengganu di tempat keempat denan 24 emas, 23 perak dan 29 gangsa.

 

Saingan bertambah sengit hari ini dengan tuan rumah berhasrat untuk merampas kedudukan teratas dan saingan pastinya hadir daripada setiap pasukan yang berusaha menambah koleksi pingat.

 

Kecemerlangan Selangor semalam terus dicatat di gelanggang renang dengan enam emas serta sukan lain seperti menembak (tiga emas) dan olahraga (dua emas).

 

Kejayaan itu meniupkan semangat juang tinggi dengan sasaran 48 emas kian hampir.

 

Selangor meneruskan saingan hari ini dalam beberapa acara antaranya berbasikal, menembak, badminton, boling padang, golf, angkat berat, hoki, skuasy dan sebagainya bagi menambah pungutan pingat.

 

Pastinya kejayaan dicatat setakat ini memberikan semangat kepada atlet Selangor untuk terus berjuang hingga ke akhir kejohanan.

Read 407 times Last modified on Thursday, 28 July 2016 15:39