Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaAdun PAS komited perjuang isu rakyat pada sidang dun akan datang - Timbalan Speaker Selangor
26
July

Adun PAS komited perjuang isu rakyat pada sidang dun akan datang - Timbalan Speaker Selangor

Written by 
Published in Semasa

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor akan terus memperjuangkan isu-isu kebajikan dan kelestarian negeri pada sidang dun seterusnya tegas Timbalan Speaker Negeri Selangor, Yang Berhormat Mohd Shafie Ngah.

 

Menurut, YB Mohd Shafie isu utama yang akan dibangkitkan adalah penstrukturan air yang lebih kemas agar rakyat dapat terus menikmati manfaat yang berpanjangan.

 

 

"Yang kedua kita juga akan mengulangi isu sampah yang masih belum diselesaikan dengan baik. dua perkara ini adalah besar bagi Selangor yang perlu kita tangani.

 

"Ada lebih penting iaitu mereka yang memerlukan rumah masih belum cukup. Kita minta kerajaan negeri Selangor lebih agresif membina rumah-rumah mampu milik di Selangor," kata beliau ketika ditemui di Rumah Terbuka PAS Kawasan Serdang dan Adun Bangi.

 

Tambah beliau yang juga adun Bangi, wakil-wakil PAS akan membangkitkan isu-isu tanah dan kebajikan yang masih belum disempurnakan kerajaan negeri.

 

"Memang ini (isu tanah) dalam proses tetapi kita minta negeri lebih komited untuk membantu soal kebajikan di Selangor," tambahnya.

Pada rumah terbuka kelmarin kira-kira 3,000 warga Bangi hadir untuk menikmati pelbagai jenis juadah raya yang disediakan.

 

YB Mohd Shafie yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang bersama pimpinan-pimpinan kawasan turut mengambil peluang bermesra bersama penduduk yang hadir daripada pelbagai bangsa.

Selain itu tradisi memberi duit raya tidak dilupakan kepada kanak-kanak yang hadir.

Read 234 times Last modified on Tuesday, 26 July 2016 12:27