Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaCadangan ADUN Selangor ini mungkin penyelesaian terbaik isu konsert Selena Gomez
21
July

Cadangan ADUN Selangor ini mungkin penyelesaian terbaik isu konsert Selena Gomez

Written by 
Published in Semasa

 

 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menggesa kerajaan negeri Selangor agar menyiapkan satu enakmen hiburan negeri Selangor sebagai panduan khusus dalam menganjurkan acara hiburan seperti konsert.

 

Beliau berkata demikian mengulas mengenai bantahan yang dilakukan oleh PAS Selangor terhadap konsert siri jelajah The Revival Tour artis pop Amerika Syarikat, Selena Gomez pada 25 Julai ini di Stadium Melawati Shah Alam.

 

"Lebih baik kalau di peringkat kerajaan negeri Selangor mengeluarkan panduan enakmen hiburan untuk negeri Selangor.

 

"Supaya sesiapa yang mahu menganjurkan konsert selepas pada itu, di peringkat negeri atau daerah kita ada panduan kita. Enakmen hiburan kerajaan negeri Kelantan contohnya macam kelantan buat," katanya ketika dihubung Merahkuning hari ini.

 

Menurut Khairuddin, sekiranya enakmen ini dapat dikuatkuasa tidak akan timbul lagi bantahan terhadap penganjuran konsert dan seumpamanya.

 

Khairuddin dalam pada itu turut menggesa kerajaan negeri agar mendengar pandangan masyarakat islam di Selangor yang menolak konsert seperti yang bakal dianjurkan.

 

Merahkuning berpendapat saranan ini dapat menyelesaikan isu bantah membantah kerana setiap konsert yang diluluskan pada masa akan datang akan mengikut enakmen tersebut.

 

 

 

 

 

 

Read 482 times Last modified on Thursday, 21 July 2016 19:39