Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPAS Selangor gesa badan bukan kerajaan serta masjid dan surau nyatakan bantahan konsert Selena Gomez
21
July

PAS Selangor gesa badan bukan kerajaan serta masjid dan surau nyatakan bantahan konsert Selena Gomez

Written by 
Published in Semasa

SHAH ALAM - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan masjid serta surau di Selangor khususnya Shah Alam menyatakan bantahan dan tentangan terhadap penganjuran konsert selebriti pop dari Amerika Syarikat, Selena Gomez.

Konsert pada 25 Julai ini di Stadium Melawati Shah Alam merupakan merupakan salah satu destinasi siri jelajah The Revival Tour melibatkan empat buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

 

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi Zulkapli menegaskan, PAS tidak menolak hiburan, namun bentuk hiburan yang dibawa seharusnya bebas daripada budaya hedonism melampau sehingga mengundang masalah sosial.

 

 

"Kita harap bantahan ini jangan terhenti di sini. wakil-wakil NGO datang esok, pagi, petang, tengahari datang menyatakan bantahan mewakili surau-surau, masjid sekitar Shah Alam. Bukan membawa suara pemuda PAS tapi membuat bantahan agar InsyaALLAH usaha kita ini pada 25 hari bulan ini konsert tersebut tidak akan berjalan seperti yang dirancang," katanya selepas menyerahkan memorandum daripada Dewan Ulamak PAS Selangor, Dewan Muslimat PAS Selangor dam Dewan Pemuda PAS Selangor kepada kerajaan negeri di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.

 

Memorandum di serahkan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Shahrizal Mohd Salleh.

 

Tambah Ustaz Hanafi, PAS menolak konsert juga menolak konsert tersebut kerana tidak mahu bakal pemimpin negara akan datang lahir daripada negeri yang dibesarkan dengan budaya hedonism dan sosial yang melampau.

 

"Kita juga mewakili anak muda yang ingin melihat kelangsungan anak-anak muda tidak mahu terjebak dengan budaya-budaya hedonism yang cukup melampau dan juga masalah sosial.

 

 

"Mereka ini juga bakal memimpin negara dan negeri kita. Kita tidak mahu pemimpin negara pada masa akan datang terjebak dengan budaya sebegini dan mereka pada masa akan datang memimpin generasi seterusnya pula," tambah beliau.

 

Sementara itu Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Ridzuan Rahmat melahirkan kekesalan beliau terhadap tindakan kerajaan negeri yang memandang sepi bantahan daripada Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam PAS agar panganjuran konsert tersebut dibatalkan.

 

"Kita berhimpun bukan kerana kita benci kepada hiburan, tapi hiburan yang sampai tahap boleh melanggar syariah Allah, membuka ruang gejala sosial, membuka ruang yang tidak baik yang ini kita tidak benarkan," tambah beliau.

 

 

 

Read 604 times Last modified on Thursday, 21 July 2016 18:16