Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasa31 maut kawasan pemberontak di Syria dibom
14
July

31 maut kawasan pemberontak di Syria dibom

Written by 
Published in Semasa

BEIRUT: Pengeboman sengit di dua kawasan pemberontak di Syria hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 31 penduduk awam, termasuk kanan-kanak.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, kebanyakan mangsa maut akibat serangan udara yang mungkin dilakukan tentera rejim atau Russia. 

 
Serangan itu berlaku walaupun tentera memperluaskan gencatan ke seluruh negara sehingga Jumaat ini. SOHR berkata, serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 16 penduduk awam dan mencederakan puluhan lain di kawasan pemberontak di Rastan, Wilayah Homs. 
 
Tiga lagi penduduk awam maut dalam serangan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad di kawasan itu awal hari ini. Rastan adalah kubu terakhir pemberontak di wilayah Homs yang musnah sejak dikepung tentera kerajaan pada 2012. Di barat laut Syria, 
 
12 penduduk awam termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dalam beberapa serangan ke atas kawasan pemberontak di Ariha. - AFP

Read 274 times