Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaSmart Selangor Food Stamp Dilancarkan di DUN Meru
27
June

Smart Selangor Food Stamp Dilancarkan di DUN Meru

Written by 
Published in Semasa

MERU-  Seramai 100 orang penerima bantuan makanan asas di DUN Meru pada kali ini. Pelancaran yang dibuat di perkarangan Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Meru itu melibatkan 44 Melayu,47 India dan 9 Cina.

Pemilihan penerima bantuan berdasarkan kriteria pemilihan iaitu  purata pendapatan keluarga kurang dari RM1,500 sebulan dan anak tanggungan ramai ( melebihi 4 orang ).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, YB Dr.Abdul Rani Osman menyampaikan bantuan kepada penerima.

 

Dalam ucapan YB Dr.Abdul Rani, beliau memberitahu kepada penerima-penerima sumbangan Food Stamp Negeri Selangor bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang berbuat baik kepada semua golongan manusia,tanpa mengira bangsa dan agama."

 

Jikalau YB Dr.Abdul Rani hanya menyenaraikan orang Melayu yang beragama Islam sahaja dalam Program Food Stamp ini dan mengenepikan rakyat beragama lain,maka beliau akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat dan dihukum dengan hukuman yg setimpal.

 

Smart Selangor Food Stamp ialah program bantuan makanan asas pertama negara yang terkandung dalam Belanjawan 2016 dan dirancang pada tahun ini bermula Jun ini di seluruh DUN di Selangor.

Read 690 times Last modified on Monday, 27 June 2016 14:51