Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPKR teruskan tahaluf siyasi bersama PAS.
01
December

PKR teruskan tahaluf siyasi bersama PAS.

Written by 
Published in Semasa

Petaling Jaya – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan komitmen mereka untuk terus menjalinkan tahalluf siyasi bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) disebalik kehadiran parti baru Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat sebelum ini. 

 

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, perkara yang lebih utama adalah matlamat mereka kekal sama iaitu melawan Umno-BN. "Yang penting kita mahu menjamin satu lawan satu dengan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang. Jadi, saya fikir kita boleh bincangkan secara bersama walaupun dalam dua platform yang berbeza. "Perkara ini berlaku walau di negara-negara maju. Kalau lihat di Jerman atau negara-negara Eropah, mereka ada set pakatan yang berbeza fahaman...Pusat lain, negeri lain. Yang penting, kita ada agenda yang sama iaitu menjatuhkan Umno-BN," kata Azmin pada sidang media selepas merasmikan Kongres Nasional AMK dan Wanita PKR di sini.

 

 

Walapun meneruskan hubungan bersama PAS, Azmin turut menyatakan keyakinan beliau terhadap Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor Selangor, Mohd Prasad Hanif menyambut baik hasrat PKR dan menegaskan PAS Selangor akan mengerahkan segala jentera untuk mempertahanankan kerus-kerusi PKR di Selangor. “Agenda utama Pakatan Rakyat di Selangor adalah berbakti kepada rakyat dan memastikan rakyat mendapat menfaat daripada kemajuan di Selangor,” kata Prasad dalam satu kenyataan kepada merahkuning.com.

 

Tambah Prasad, PAS Selangor juga akan mempersiapkan seluruh jentera dan gerak kerja pilihanraya untuk bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi DAP. Namun Prasad menegaskan keputusan tersebut adalah persiapan menghadapi segala kemungkinan dalam senario politik negara walaupun belum mendapat keputusan rasmi daripada PAS Pusat atau PAS Selangor.

Read 342 times