Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaPengundi Keluar Mengundi Hari Ini
18
June

Pengundi Keluar Mengundi Hari Ini

Written by 
Published in Semasa
SUNGAI BESAR-Para pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar akan membuang undi dipusat mengundi masing-masing harini.
Seramai 42,365 pengundi layak mengundi di Sungai Besar.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 28 pusat mengundi di Sungai Besar, yang akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.
 
PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru,Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah), yang mewakili Pakatan Harapan.
 
PRK Sungai Besar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
 
PRK Sungai Besar dianggap lebih sengit berbanding di Kuala Kangsar berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di mana Noriah menewaskan calon PAS Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.
Read 273 times Last modified on Saturday, 18 June 2016 16:33