Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaMasa Hidup Kita Naik Alphard, Bila Mati Hanya Al-Fatihah Mengiringi - Bob Lokman
16
June

Masa Hidup Kita Naik Alphard, Bila Mati Hanya Al-Fatihah Mengiringi - Bob Lokman

Written by 
Published in Semasa

SUNGAI BESAR - Program sembang santai serta perbincangan isu semasa dan masyarakat anjuran PAS semalam mendapat sambutan menggalakkan lebih 200 orang penduduk setempat di Sekinchan semalam.

 

Program dipengerusikan oleh selebriti terkenal Bob Lokman dan Ustaz Mohammad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Cina turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya cabutan bertuah dan sembang santai bersama pimpinan PAS.

 

Penduduk yang hadir turut dihidangkan dengan bbq dan makanan ringan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada Juara Akademik Nasyid musim pertama saudara Azhan Atan.

 

Sementara itu Bob Lokman semasa ucapannya turut mengingatkan hadiran agar memilih PAS pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini.

"Memilih pemimpin ini tuan-tuan adalah amal soleh. Jangan kita jadi seperti golongan yang disebut dalam Al-Quran yang ingin dikembalikan kedunia untuk kembali beramal soleh kerana sewaktu hidupnya tidak beramal.

 

Bob Lokman turut mengingatkan hadirin dalam bentuk jenaka bahawa setiap manusia akan mati

"Masa kita hidup kita naik Alphard, tapi bila kita mati yang mengiringi kita hanyalah, Al-Fatihah," kata Bob Lokman.

Read 339 times Last modified on Thursday, 16 June 2016 14:34