Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaMengapa PAS Lawan Isu 1MDB dan GST?
11
June

Mengapa PAS Lawan Isu 1MDB dan GST?

Written by 
Published in Semasa

Soalan: Apa kaitan isu 1MDB dan GST?

 

Jawapan: 1MDB diwujudkan selepas BN hilang kerajaan Selangor, lubuk kewangan mereka selama ini. 1MDB beroperasi menggunakan duit hutang yang didapati dengan jaminan kerajaan dan juga aset-aset kerajaan seperti tanah di Tun Razak Exchange dan Lapangan Terbang Sg Besi.

 

1MDB menanggung hutang mencecah RM50 billion dan kebetulan kerajaan pula mengesorkan GST dilaksanakan. Pada masa yang sama, tiba-tiba akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai RM2.6 billion yang dikatakan derma dari saudagar Arab. Apakah semua ini kebetulan?

 

Soalan: Mengapa PAS bantah 1MDB dan GST?
Jawapan: Rakyat sudah membayar pelbagai jenis cukai (cukai pendapatan, cukai tanah, cukai kenderaan, cukai eksais duti dan sebagainya.

 

Soalan: Kesan Kelahiran GST?

 

Jawapan: Kelahiran GST jelas menunujukkan pemimpin negara tidak mentadbir negara berlandaskan tuntutan Islam kerana mereka sanggup mengutip cukai daripada bayi, kanak-kanak, orang kurang upaya, orang terlantar di hospital, orang miskin, orang susah, orang gaji tidak cukup dan sebagainya untuk mencari dana bagi menutup malah meneruskan penyelewengan mereka. Tiada siapa yang boleh terlepas bayar GST, dari lahir hingga mati.

 

Soalan: Apa yang dirasai rakyat kerana isu 1MDB dan GST?

 

Jawapan: Berapa harga nasi campur dengan seketul ayam tambah lauk saur hari ini? GST puncanya.

 

Apakah yang dapat dibeli dengan RM50, (di mana RM3 ialah GST)? Gst puncanya.

 

Apakah kadar tukaran RM kepada duit Riyal, Singapura, dan Thai dibandingkan dengan 2-3 tahunyang lalu/ 1MDB puncanya.

 

GST dan 1MDB punca siapa? UMNO-BN! Dan itulah sebab PAS melawan UMNO!

Read 270 times Last modified on Saturday, 11 June 2016 20:37