Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaUstazah Nuridah: Jangan Pandang Remeh Soal Memilih Pemimpin
11
June

Ustazah Nuridah: Jangan Pandang Remeh Soal Memilih Pemimpin

Written by 
Published in Semasa

SUNGAI BESAR - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat menegaskan kepada penduduk Sungai Besar soal memilih pemimpin bukanlah hal yang boleh dipandang remeh.

Beliau turut menjelaskan amanah manusia ialah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Maka kseriusan dalam memilih calon yang mampu melaksanakan amanah mestilah menjadi keutamaan.

 

“Allah pernah menawarkan amanah kepada makhluk yang lebih besar daripada manusia. Contohnya, langit, bumi, dan gunung-ganang. Tetapi semuanya tidak sanggup untuk menerima amanah tersebut.

 

“Amanah itu ialah jika engkau taat engkau dapat pahala, jika engkau ingkar engkau akan dapat dosa,” jelas beliau.

 

Beliau yang hadir memberi pengisian dalam edisi kempen di Sungai Besar menegaskan PAS dari dahulu sangat menitik beratkan soal amanah. Ulama’ Pas juga memandang perkara kepimpinan ini merupakan perkara yang serius dalam Islam.

 

Beliau turut menegaskan bahawa Pas yang ditubuhkan lebih dari 60 tahun akan terus menerus bergelumang di dalam politik Malaysia walaupun masih belum diberi kesempatan untuk menerajui Negara Malaysia.

 

“Pas akan terus komited untuk menghantar calon di setiap kali pilihanraya sama ada diperingkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sehingga pilihanraya di Sg. Besar pada kali ini.

 

“Jangan pandang remeh temeh dalam soal memilih kepimpinan,” tegas Ustazah Nuridah.

 

 

 

 

Read 144 times Last modified on Saturday, 11 June 2016 15:12