Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 45
You are here:ArtikelSemasaNajib mewarisi "sunnah" Dr. Mahathir - Khairuddin At-Atkiri
09
June

Najib mewarisi "sunnah" Dr. Mahathir - Khairuddin At-Atkiri

Written by 
Published in Semasa

SUNGAI BESAR - Disebalik kerancakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkempen untuk Deklarasi Rakyat dan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Mohammad Najib Abdul Razak untuk melepaskan jawatan, hakikatnya masalah yang dihadapi Najib diwarisi daripada Dr. Mahathir sendiri tegas ahli parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali Takiri.

Menurut Dato' Dr. Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, PAS tidak bersetuju dengan desakan Deklarasi Rakyat kerana tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya meletakkan segala kesalahan tersebut kepada Najib.

 

"Deklarasi rakyat yang ditaja oleh Tun Mahathir kemuncaknya nak beritahu bahawa segala kerosakan negara disebabkan oleh Najib Tun Razak.

 

"Negara rosak bukan disebabkan Najib Tun Razak sahaja, tetapi beliau membawa bebanan orang-orang sebelum. Orang sebelum Najib, termasuk Dr. Mahathir sendiri. Beliau hanya menyambung sunnah orang sebelumnya.

 

"Adakah hutang 630 bilion bermula zaman Najib Tun Razak? Tidak. Bermula zaman Mahathir lagi. Paza zaman Mahathir ketika tahun 1997, 90 bilion. Bila Mahathir undur, serah pada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2003 hutang negara pada masa itu 188 bilion. Sekali ganda.

 

"Pak Lah lepaskan jawatan pada tahun 2009, hutang negara pada ketika itu 376 bilion. Pak Lah ikut sunnah Dr Mahathir, sekali ganda daripada 188 jadi 376. Bila datang Perdana Menteri baru. Dia ikut sunnah Mahathir dan Pak Lah, sekarang 630 bilion," kata beliau pada ceramah berkelompok bersempena pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar di Pekan Simpang Lima semalam.

 

Menurut Dato' Dr. Khairuddin, tindakan itu bukan melindungi Najib sebaliknya usaha menyelamatkan negara daripada Umno yang berpegang dengan prinsip berhutang dalam membangunkan negara.

 

"Masalah Umno adalah prinsip dalam perbelanjaan. Berapa banyak pun pendapatan negara tidak akan cukup kerana kita berhutang untuk membangunkan negara. Pendapatan negara meningkat sebanyak 20 bilion setahun. Ini bukti kita tiada masalah pendapatan.

 

"Sebab itu kita berkumpul di sini, untuk megajak pengundi memilih pemimpin yang selayaknya untuk berada di parlimen. Bila kita berada di parlimen kita berpeluang menjadi kerajaan, berpeluang menjadi Perdana Menteri," tambah beliau.

 

Hampir 300 orang penduduk setempat hadir pada ceramah berkelompok itu bagi mendengar tawaran PAS.

 

Sementara itu Dato' Dr. Khairuddin turut menegaskan PAS adalah parti yang sentiasa bersaing dengan Umno sejak daripada sebelum merdeka.

 

"PAS sudah wujud pada tahun 1951. PAS masuk pilihan raya sebelum daripada merdeka. Dalam tempoh sejarah politik yang panjang ini PAS konsisten bersaing dengan Umno. Berlawan dalam politik, berhadapan dengan Umno dalam pilihanraya. Dan PAS konsisten sehingga hari ini berhadapan dengan Umno.

 

"Kita berlawan dengan Umno dengan prinsip, rujakan kita Al-Quran, sunnah, ijmak, qias. Bukan politik hawa nafsu, bukan politik kebencian. Segala arah tuju kita, maktalamat kita, aktiviti kita ada rujukan," tegas beliau.

 

 

 

Read 857 times Last modified on Thursday, 09 June 2016 09:22